compound truss | kekuda majmuk | Mekanik | Gunaan | Kekuda yang dibina dengan menggabungkan dua, atau lebih, kekuda mudah. Gabungan ini dihasilkan melalui penggunaan anggota tambahan untuk menghubungkan sendi kekuda komponen, ataupun melalui penyatuan sendi yang berasingan untuk membentuk sendi sepunya. Kekuda majmuk merupakan struktur tegar dan yang boleh tentu secara statik mematuhi hubungan m=2n-3 untuk bilangan anggota m dan bilangan sendi n. |
simple space truss | kekuda ruang mudah | Mekanik | Gunaan | Kekuda ruang yang terbina daripada unsur asas berbentuk tetrahedron. Struktur tetrahedron asas itu dibina dengan menyambungkan enam anggota pada empat sendi. Kekuda ruang mudah yang lebih besar daripada struktur asas ini dibina dengan menambahkan tiga anggota baru setiap kali pembesaran dilakukan. Anggota baru itu disambungkan pada sendi yang berlainan pada struktur asas, dan hujung bebasnya disambungkan pada sendi yang berlainan pada struktur asas, dan hujung bebasnya disambungkan pula untuk membentuk satu sendi baru. Bilangan anggota kekuda ruang mudah, m, dan bilangan sendinya, n, trhubung melalui unkapan m=3n-6. kekuda ini boleh diselesaikan sepenuhnya dengan hanya menggunakan persamaan keseimbangan. |
simple truss | kekuda mudah | Mekanik | Gunaan | Kekuda satah yang terbina daripada unsur asas yang berbentuk struktur segi tiga. Struktur asasnya terdiri daripada tiga anggota yang tersambung di hujungnya pada tiga sendi. Bentuk segi tiga merupakan bentuk paling mudah bagi struktur yang tegar. Kekuda mudah yang lebih besar dibina daripada struktur asas dengan menambahkan dua anggota baru setiap kali pembesaran dilakukan. Salah satu hujung anggota baru ini disambungkan pada sendi yang berlainan pada sturktur asas, dan hujung bebasnya disambungkan pula di antara satu dengan yang lain untuk membentuk satu sendi baru. Bilangan anggota m bagi kekuda mudah dan bilangan sendi n terhubung melalui ungkapan m = 2n – 3. Kekuda mudah boleh diselesaikan sepenuhnya dengan hanya mengenakan persamaan keseimbangan. |
truss | kekuda | Mekanik | Gunaan | Struktur tegar berbentuk kerangka yang terbina daripada angota-anggota langsing yang bersambung di hujungnya, dan hanya di hujungnya. Anggota kekuda tidak boleh merintangi sebarang beban melintang. Sambungan kekuda dibentuk oleh kimpalan, rivet atau cemat. Dalam analisis mekanik, semua sendi kekuda boleh dianggap bebas daripada sebarang momen tindak balas. |
Vierendeel truss | kekuda Vierendeel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kekuda dengan panel segiempat tepat dan bertanggam tegar. Anggota-anggota pada kekuda tersebut terdedah kepada daya-daya bukan paksian yang tinggi. |
plane/planar truss | kekuda satah | Mekanik | Gunaan | Kekuda yang semua anggotanya berada padasatu satah sepunya. Semua sendi kekuda satah merupakan sendi cemat. |
space truss | kekuda ruang | Mekanik | Gunaan | Kekuda yang trbina dalam bentuk 3-D. Sendi-sendi ruang terdiri daripada bebola dan soket. Lihat juga kekuda ruang mudah. |
overrigid truss | kekuda lampau tegar | Mekanik | Gunaan | Kekuda yang mempunyai sekurang-kurangnya satu anggota lebih daripada yang diperlukan untuk ketegaran. Anggota berkenaan dinamai anggota lewah. kekuda lampau tegar mempunyai bilangan anggota m yang melebihi nilai 2n-3, dengan n sebagai bilangan sendinya. Lihat juga anggota lewah. |
scissor truss | kekuda gunting | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kekuda bumbung yang menyerupai bentuk gunting. Bahagian penopang yang menyokong bahagian atas kasau disambungkan kepada kaki kasau yang bertentangan, manakala topang tegak dipasangkan dari puncak kekuda ke titik persilangan di antara dua penopang sendeng yang merentasi satu sama lain. |
method of joints | kaedah sendi | Mekanik | Gunaan | Kaedah menganalisis kekuda dengan memerihalkan keseimbangan sendi kekuda itu, dan tidak dengan menggunakan anggotanya. Kaedah ini digunakan khusus untuk menganalisis kekuda dan tidak bolehdigunakan untuk struktur yang lain. |