Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké/.wa] | کيقوا

Definisi : (kékwa) sj tumbuhan dan bunganya, Chrysanthemum spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké/.wa] | کيقوا

Definisi : /kékwa/ nama sj herba atau bunganya (bunganya bermacam-macam warna), Chrysanthemum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekwa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga kekwabunga kekwaKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga kekwa.
short-day planttumbuhan siang pendekPertanianAgronomi

 Tumbuhan yang akan berbunga apabila jangka gelap melebihi satu tahap kritikal. Contohnya, bunga kekwa yang ditanam di Malaysia, tidak berbunga sekiranya diberi cahaya tambahan selama 4 hingga 6 jam. Apabila lampu tambahan dipadam, bunga kekwa tersebut akan mula mengeluarkan bunga.

chrysanthemum (Chrysanthemum morifolium)kekwa (Chrysanthemum morifolium)PertanianTiadaTiada
photoperiodismfotoperiodismePertanianAgronomi

Perkembangan tumbuhan seperti pembungaan dan perubahan ketinggian yang dipengaruhi oleh tempoh cahaya. Contohnya, pokok kekwa tidak berbunga sekiranya waktu siang adalah panjang.

tubularbak tiubBotaniTiadaBentuk korola bunga aktinomorfik yang menyerupai tiub. Contohnya, floret cakera pada kapitulum bunga matahari dan kekwa.
capitulumkapitulumBotaniTiadaJambak bunga jenis rasem atau sima yang berbentuk bulat dan rata dengan susunan padat floret yang tak terangkai. Contohnya, jambak bunga kekwa dan jambak bunga matahari.
ligulateligulatBotaniTiadaBentuk korola bunga zigomorfik yang gamopetalus dan tiub korolanya pendek di bahagian pangkal dan berbentuk lidah di hujungnya. Contohnya, floret ruji pada kapitulum bunga matahari dan bunga kekwa. Lihat juga gamopetalus.
short-day plant (SDP)tumbuhan pendek-siangBotaniTiadaTumbuhan yang hanya akan berbunga dalam jangka masa yang pendek atau jangka masa siang yang kurang daripada suatu jangka masa siang yang maksimum. Contohnya, kekwa dan strawberi.
floricultureflorikulturPertanianAgroteknologiBidang kajian yang berkaitan dengan tanaman bunga-bungaan untuk hiasan, sama ada yang dipotong untuk gubahan jambak bunga atau bunga hidup yang menyerikan taman dan landskap. Florikultur merupakan suatu bidang hortikultur yang tinggi nilai ekonominya kerana permintaan yang tinggi bagi keperluan di majlis-majlis perkahwinan, hotel dan pejabat. Jenis bunga-bungaan yang sesuai untuk tujuan ini termasuklah orkid, kekwa dan mawar. Bunga hiasan untuk landskap seperti alamanda, helikonia dan tulip pula digunakan secara meluas untuk menyerikan kawasan-kawasan bandar, rumah dan taman. Penyelidik dalam bidang ini juga sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk membiakkan dan menghasilkan bunga, serta cara untuk memelihara bunga di taman.
fluorescent lightlampu berpendafluorPertanianAgroteknologiLampu elektrik yang memancarkan cahaya melalui proses sinaran bahan fosfor yang disalut pada bahagian dalam kaca lampu. Fosfor tersebut mengeluarkan cahaya setelah menyerap sinar ultralembayung (UV) yang terhasil daripada gas raksa yang dirangsang oleh arus elektrik. Lampu berpendaflour digunakan dalam pertanian untuk memberi sumber cahaya bagi tanaman yang ditanam dalam keadaan tertutup. Lampu jenis ini juga digunakan untuk memanjangkan tempoh siang supaya bunga kekwa yang ditanam di Cameron Highlands tidak cepat berbunga.

Kembali ke atas