Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.di] | کلادي

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.di] | کلادي

Definisi : beberapa jenis herba yg ubinya dpt digoreng, digulai dsb, Colocasia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keladi

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Daun keladi dimandikan.

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELADI LEMBAYUNG

Keladi lembayung atau keladi bunting ialah

tumbuhan yang tumbuh terutamanya di kawasan

tropika di dunia. Ia terapung di tasik, sungai, dan

paya dan tumbuh setinggi kira-kira 60 sentimeter

tingginya di atas air. Ia mempunyai sebanyak 38

kuntum bunga ungu yang berkelompok di

sekeliling bahagian atas batangnya.

UMUM 
KELADI

Keladi ialah tanaman makanan yang utama di

kebanyakan negara tropika. Bahagian yang boleh

dimakan pada tanaman keladi ini ialah ubinya.

Bahagian yang membesar daripada batang pokok

ini hidup di dalam tanah dan menyimpan makanan

untuk tanaman itu. Ubi tersebut mengandungi

banyak kanji dan air, dan sedikit gula. Sesetengah

ubi mengandungi racun yang boleh menyebabkan

penyakit jika ia tidak dimusnahkan semasa

memasak. Ubi sesetengah keladi jenis liar

menghasilkan sebatian yang disebut saponin yang

boleh digunakan untuk membuat kortison dan

jenis dadah tertentu yang lain.

UMUM 
ZAITON OTHMAN

Zaiton Othman (1959 – ) ialah atlet Malaysia.

Dia lahir pada 3 Mei 1959 di Kepala Batas, Pulau

Pinang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau

Pinang dan di Sekolah Menengah Perempuan St.

Georges, Pulau Pinang.

UMUM 
KELEDEK

Keledek ialah sayur yang mempunyai akar yang

besar berisi, boleh dimakan. Keledek dipercayai

mula ditanam di Amerika Selatan. Kini, ia ditanam

di seluruh dunia dan ia adalah makanan yang

penting di banyak negara. Lebih kurang 85 peratus

daripada tanaman keledek di dunia dihasilkan di

China. Keledek kerap dikelirukan dengan keladi,

kerana akarnya yang besar. Bagaimanapun, keladi

tergolong dalam famili yang berbeza.

UMUM 
PULAU MANUS

Pulau Manus merupakan pulau terbesar dalam

kelompok Admiralti Papua New Guinea.

Keluasannya ialah 1890 kilometer persegi. Pulau ini

bergunung-ganang dan berhutan tebal. Hanya

sebahagian kecil kawasan di sepanjang pantai dan

di bahagian hujung timur yang boleh digunakan

untuk pertanian. Terdapat lebih kurang 20 000

penduduk tinggal di Pulau Manus dan pulau-pulau

di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk pulau ini

ialah orang Melanesia yang merupakan nelayan

yang mahir dan berdagang dengan penduduk

yang tinggal di pulau-pulau berdekatan. Hasil

tanaman penduduk pulau ini ialah taro, keladi,

nanas, pisang, dan sagu.

UMUM 

Kembali ke atas