Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.di] | کلادي

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.di] | کلادي

Definisi : beberapa jenis herba yg ubinya dpt digoreng, digulai dsb, Colocasia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keladi

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Daun keladi dimandikan.

Bermaksud :

Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keladi biakkeladi biakKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun keladi biak. keladi bunting.
bunga keladibunga keladiKesenianTiadaMotif batik berunsur tumbuhan berbentuk daun keladi, lazimnya terdapat pada bahagian kepala batik sarung. daun keladi
keladi buntingkeladi buntingKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun keladi biak.
water hyacinth (Eichhornia Crassipes)keladi bunting/keladi lembayung (Eichhornia Crassipes)PertanianTiadaTiada
daun keladidaun keladiKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk daun keladi biak yang menjalar.
cormumbisiHerbaTiadaBatang pendek yang membengkak dan tumbuh menegak di dalam tanah. Umbisi dilapisi oleh daun nipis bak sisik yang kering dan berfungsi sebagai penyimpanan makanan. Umbisi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, keladi, keladi tikus dan keledek.
hastatehastatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang bahagian pangkalnya seperti tombak dan tepinya menonjol keluar. Contohnya, bentuk daun keladi candik (Alocasia denudata) dan keladi belang (Xanthosoma sp.).
yamkeladiGeografiTiadaUbi berkanji dalam genus Dioscorea yang boleh dimakan dan merupakan makanan utama di beberapa negara tropika.
yamkeladiPentadbiran PerniagaanTiadaUbi berkanji dalam genus Dioscorea yang boleh dimakan dan merupakan makanan utama di beberapa negara tropika.
dasheenkeladiPertanianTiadaTiada
1234

Kembali ke atas