Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kélah); berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai­ramai (di pantai dll), berpiknik: ramai pelawat yg datang ~ ke Pantai Port Dickson tiap-tiap hujung minggu; perkelahan perihal berkelah, piknik: adat bermain pantai ini merupakan suatu ~ kaum tani yg terbesar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, Tor spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : IB; pengaduan, tuduhan, dakwaan; mengelah melaporkan atau mengadukan (sesuatu kpd pihak berkuasa), membuat pe­ngaduan, menuduh, mendakwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kélah/; berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai di luar rumah (di pantai dll): Minggu lalu kami sekeluarga telah pergi ~ di Taman Templer. perkelahan perihal berkelah; piknik: Persatuan itu akan mengadakan satu ~ yg besar di Pulau Pangkor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan darat, Tordouronensis tambroides. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelah
Kata Terbitan : mengelah, berkelah, perkelahan,

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sisik kelahsisik kelahKesenianTiada1. Motif ukiran berunsur haiwan berbentuk sisik ikan kelah.
kelarai sisik kelahkelarai sisik kelahKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk sisik ikan kelah.
picnic shoulderbahu kelahVeterinarTiadaTiada
picnic tablemeja kelahLandskapTiadaMeja berbangku yang diperbuat daripada kayu, plastik atau simen fero yang terdapat di kawasan perkelahan.
freshwater fishikan air tawarPerikananAkuakulturIkan yang hidup di persekitaran air yang mempunyai saliniti 0 ppt. Contoh ikan air tawar ialah ikan kelah, ikan patin dan ikan keli.
river fishingpancing sungaiPerikananTiadaAktiviti memancing ikan di sungai, laut, pantai atau tasik. Pemancing akan menggunakan joran dan tali pancing yang tertentu. Ikan yang biasa dipancing ialah kelah, baung, toman dan sebarau.
fish laddertangga ikanPerikananTiadaStruktur seperti tangga yang dibina bagi memudahkan ikan berhijrah ke hulu sungai untuk membiak. Tangga ini dibina di kawasan halangan seperti empangan bagi membolehkan ikan seperti kelah, sebarau dan salmon berhijrah ke kawasan pembiakan.
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.

Kembali ke atas