Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.juan] | کلاجوان

Definisi : lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.juan] | کلاجوان

Definisi : lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelajuan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kelajuanspeedKadar kepantasan sesuatu gerakan.Sekolah Rendah
angin suriasolar windAliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s.Menengah Rendah
geargearBahagian roda bergigi yang dipasang dalam mesin untuk menggerakkan bahagian-bahagian lain dengan kadar kelajuan yang berbeza-beza. Lihat RajahSekolah Rendah
prinsip BernoulliBernoulli’s principlePrinsip yang menyatakan bahawa tekanan bendalir yang bergerak akan berkurang apabila kelajuan bendalir bertambah.Menengah Atas
lohong hitamblack holeObjek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya.Menengah Rendah
putaran per minitrotation per minuteUkuran frekuensi putaran yang menunjukkan jumlah putaran lengkap dalam tempoh satu minit pada paksi yang tetap. Ia digunakan untuk mengukur kelajuan putaran sesuatu komponen mekanikal.Menengah Atas
penyebaran cahayalight dispersionPemecahan cahaya putih kepada spektrum cahaya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu, menggunakan prisma kaca. Proses ini berlaku disebabkan setiap spektrum tersebut bergerak pada kelajuan yang berbeza apabila melalui kaca.Menengah Atas

Kembali ke atas