Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.juan] | کلاجوان

Definisi : lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.juan] | کلاجوان

Definisi : lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelajuan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METER LAJU

Meter laju ialah alat yang menunjukkan kelajuan

kereta atau kenderaan lain. Paparan meter laju

menunjukkan kelajuan dalam kilometer per jam

atau batu per jam atau kedua-duanya.

UMUM 
SEGRAVE, SIR HENRY

Segrave, Sir Henry (1896–1930) ialah wira

British dalam zaman awal perlumbaan motor. Dia

telah memecahkan rekod dunia kelajuan di darat

sebanyak tiga kali – pada tahun 1926, 1927, dan

1929. Dia mencapai kelajuan 231 batu (372

kilometer) sejam pada tahun 1929. Segrave

terbunuh semasa cuba memecahkan rekod dunia

kelajuan di atas air kepada 98.76 batu (158.94

kilometer) sejam. Trofi Segrave, diberi kepada

orang British yang menunjukkan potensi

pengangkutan melalui darat, udara, atau air, yang

paling baik, telah dinamakan sempena namanya.

Segrave lahir di Edmonton.

UMUM 
YEAGER, CHARLES ELWOOD

Yeager, Charles Elwood (1923 – ) dari

Amerika ialah orang pertama yang membuat

penerbangan yang lebih pantas daripada kelajuan

bunyi. Dia mencapai kejayaan ini pada 4 Oktober

1947, dengan memandu kapal terbang rokel Bell

X-1. Dia mencatat satu lagi rekod kelajuan pada 12

Disember 1953 dengan membuat penerbangan

2 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi

dengan memandu Bell X-1A.

UMUM 
PRINSIP BERNOULLI

Prinsip Bernoulli juga dikenali sebagai hukum

Bernoulli atau teorem Bernoulli , menyatakan bahawa

tenaga terabadi dalam bendalir (cecair atau gas) yang

bergerak. Jika bendalir itu bergerak dalam arah

mendatar, tekanan berkurangan apabila kelajuan

bendalir meningkat. Jika kelajuan berkurangan,

tekanan meningkat. Misalnya, air bergerak lebih laju

melalui bahagian yang sempit dalam paip mendatar

daripada melalui bahagian yang lebih lebar. Prinsip

Bernoulli menjangkakan bahawa tekanan akan

menjadi paling rendah apabila kelajuan paling laju.

Prinsip Bernoulli dinamakan sempena nama Deniel

Bernoulli (1700–1782), ahli matematik, Switzerland.

UMUM 
PERLUMBAAN

Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang

bertanding dalam acara lumba lari, renang dan

berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba

kereta melibatkan manusia yang menunggang

haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih

juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba

anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan

merupakan antara sukan yang paling popular di

dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di

samping penonton yang menghadiri perlumbaan

utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca

televisyen.

UMUM 
ANEMOMETER

Anemometer ialah alat yang mengukur kelajuan angin. Terdapat beberapa jenis anemometer. Jenis

yang paling biasa mempunyai tiga atau empat cawan berbentuk kon di hujung rod yang

panjangnya lima hingga 20 sentimeter.

UMUM 
TAKOMETER

Takometer ialah peranti yang digunakan untuk

mengukur kelajuan putaran bagi roda atau aci

pemintal, selalunya dalam putaran per minit (rpm).

Takometer juga sering kali digunakan untuk

mengukur rpm enjin pada kereta, kapal laut dan

kapal terbang. Takometer menunjukkan kuasa

enjin dan kepantasannya menukar tenaga kepada

daya mekanikal.

UMUM 
PERLUMBAAN MERPATI

Perlumbaan merpati ialah sejenis sukan yang

menguji kelajuan burung merpati rumah terbang

untuk sampai ke rumahnya ketika dilepaskan pada

satu jarak yang ditetapkan. Merpati rumah ialah

burung yang dilatih khusus untuk kembali semula ke

petak sarang pemiliknya yang disebut para . Merpati

yang mengambil bahagian berlumba terbang pada

jarak yang telah digredkan antara 100 hingga 1600

kilometer.

UMUM 
KEDINGINAN ANGIN

Kedinginan angin ialah taksiran hubungan

antara kelajuan angin dengan suhu, yang berkait

dengan kesan angin terhadap benda hidup.

UMUM 
TACHYON

Tachyon ialah zarah asas hipotetikal. Zarah asas

ialah zarah subatom, yang tidak mempunyai

bahagian kecil yang diketahui. Sekiranya tachyon

wujud secara semula jadi, ia tidak pernah diam

tetapi sentiasa bergerak pada kelajuan yang lebih

tinggi daripada kelajuan cahaya.

UMUM 
1234

Kembali ke atas