Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lam.ka.but] | کلم - کابوت

Definisi : tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~; berkelam-kabut berkeadaan (berlaku, ber­gerak dgn) tidak berketentuan atau teratur, berkacau-bilau: wanita-wanita turut ~ dlm majlis itu; mengelam-kabutkan menyebabkan kelam­kabut, mengacau-bilaukan: terdapat satu lagi anasir yg dikira tidak bertanggungjawab yg sentiasa ~ keadaan perdagangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.ka.but] | کلم - کابوت

Definisi : a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.ka.but] | کلم - کابوت

Definisi : tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dlm keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dgn tidak teratur. mengelam-kabutkan menyebabkan jadi kelam-kabut: Mereka sengaja ~ keadaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lam.ka.but] | کلم - کابوت

Definisi : , = kalang-~ a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana bezakan "kelam-kabut" dan "huru-hara"? Keadaan politik "kelam-kabut" atau "huru-hara"? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, huru-hara bermaksud  keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau seperti dalam contoh ayat;  Jika rakyat bersatu padu, huru-hara tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yang dahulunya aman sentosa itu telah menjadi huru hara.


Perkataa kelam-kabut pula bermaksud  tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dalam keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dengan tidak teratur.

Berdasarkan mkasud tersebut, penggunaan yang betul ialah keadaan politik kelam-kabut jika merujuk keadaan politik yang tidak teratur pengurusannya.
Tatabahasa19.10.2017
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali __________ . kenapa jawapanya ialah bongkar-bangkir? dan bukanya kelam-kabut?Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali bongkar-bangkir/kelam-kabut. Merujuk Kamus Dewan kedua-duanya betul kerana bongkar-bangkir dan kelam-kabut bermaksud kacau-bilau.Tatabahasa15.08.2008
kelam kabut atau kelam kelibut ?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah dan ejaan yang betul ialah kelam-kabut yang bermaksud  tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~;

Istilah15.01.2010
Pemuda itu selalu memandu kereta__________ tanpa memikirkan keselamatan orang lain. A huyung-hayang B kelam-kabut C gundah-gulana D simpang-siur

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang sesuai adalah kelam kabut merujuk kepada kelakuan seseorang yang tengah memandu kenderaan. Namun terdapat sedikit pembetulan menerusi ayat di atas iaitu, 'Pemuda itu selalu memandu kereta dalam keadaan kelam kabut tanpa memikirkan keselamatan orang lain'.


Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan makna keempat-empat perkataan tersebut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa23.08.2012
keadaan di negara itu sangat kelam kabut..atau situasi di negara itu?

Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan kerana perkataan keadaan dan situasi mempunyai maksud yang sama. Sila rujuk perkataan situasi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1508.

Makna24.01.2011
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali ___________. a.bongkar-bangkir b.huru-hara c.kelam-kabutA. Bongkar-bangkir. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabutJawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna.Tatabahasa19.07.2013
1. Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi _________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik. A. Riuh-rendah B. Simpang- siur C. Kelam -kabut D. Bengkang-bengkok (Nyatakan sebab jawapan yang dipilih)Keadaan lalu lintas di bandar itu bersimpang-siur pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
Tatabahasa09.09.2016
Sila perbetul ayat ini jika ada kesalahan tatabahasa. 1. Penduduk kampung beratur dengan tertib ketika mengambil makanan dan minuman agar tidak berlaku kekelamkabutan.Ayat yang diberikan kurang tepat dari sudut tatabahasa atau tidak gramatis.  Jika perkataan kekelamkabutan itu ditukar kepada kekecohan baharulah tepat.  Sekiranya ingin menggunakan perkataan kelam-kabut ayatnya akan berbunyi "Penduduk kampung beratur dengan tertib ketika mengambil makanan dan minuman agar majlis itu tidak kelam- kabut.Tatabahasa08.09.2014
12

Kembali ke atas