Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lan.ca.ran] | کلنچرن

Definisi : 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): kon­frontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lan.ca.ran] | کلنچرن

Definisi : 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( ‘ Vehicle Actuated ‘ ) dan sistem had masa (‘ Fix Time ‘ ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan.

Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi.

Lain-lain09.04.2010
1)bersemayam di atas mahligai(ada salah?)2)Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha (memupuk/pemupukan)nilai-nilai murni dalam diri anak3)Proses percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.)1. Mahligai ialah istana yang menjadi tempat tinggal dan bukannya tempat bersemayam.
2. Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak.
3. Percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.
Tatabahasa13.09.2012
Assalamualaikum. Mohon majukan kepada pihak berkenaan. Bahagian 'Dunia Kata - Bual Kata' tiada butang untuk dicapai di Gerbang Kata DBP. Saya perlu menulis alamat 'http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspxz' untuk memasukinya. Mohon dibaiki supaya senang untuk orang awam lihat senarai kata-kata yang disaran oleh pengguna.Sila gunakan Internet Explorer untuk melayari Gerbang Kata DBP (http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx) bagi memastikan kelancaran semasa melayari laman web ini.Lain-lain25.09.2019
saya mahasiswa YIU ingin bertanya bagaimanakah cara membaca pantun yang baik?

Untuk makluman saudara, apabila pantun dibaca atau disampaikan khususnya di hadapan khalayak maka hendaklah diberi perhatian seperti berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman)

2. Intonasi dan jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud.

3. Kelancaran ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan)

Lain-lain14.07.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun

Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya  mengikut panduan  berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan.

2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

 

Lain-lain14.07.2010
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera, Puan, Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas serta perbualan telefon Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik, Encik Azmin Omar bersama-sama puan pada petang ini. 2. Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Strategik (BPS), Jabatan Penyelidikan Dan Strategik sedang dalam proses untuk menyediakan Semakan Separuh Penggal Pelan Korporat LHDNM 2021-2025. 3. Sehubungan itu, mohon pengesahan daripada pihak puan selaku Munsyi sama ada slogan LHDNM menepati tatabahasa yang tepat mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Berikut adalah maklumat slogan tersebut : Asal Pindaan Bersama Membangun Negara Bersama-sama Membangunkan Negara 4. Mohon kerjasama dan maklum balas segera daripada pihak puan berhubung perkara ini bagi memastikan kelancaran penyediaan Semakan Separuh Penggal Pelan Korporat LHDNM 2021-2025. Sekian, terima kasih.Sila nyatakan soalan dengan jelas, apakah slogan asal dan slogan yang baharu?Tatabahasa30.01.2023
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010

Kembali ke atas