Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lan.ca.ran] | کلنچرن

Definisi : 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): kon­frontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lan.ca.ran] | کلنچرن

Definisi : 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
energy fluencekelancaran tenagaFizikAtom dan NuklearTenaga pancaran yang menuju kepada suatu sfera dibahagi dengan luas keratan rentas sfera tersebut dan diungkapkan sebagai: E/4pR2 dengan R = jejari sfera dan E = tenaga pancaran.
particle fluencekelancaran zarahFizikAtom dan Nuklear1. Bilangan zarah sinaran yang melintasi suatu sfera pensampela. 2. Panjang jejak bahagian yang terkandung dalam sebarang isi padu pensampelan.
articulationpersendian; artikulasi; kelancaranKesusasteraanTiadaTiada
timingpemasaanKomunikasiTiada1. Tempo dan kelancaran lakonan dalam adegan yang dicipta melalui ritma yang dilakonkan oleh pelakon. 2. Penilaian terhadap kepadatan dan keseimbangan setiap ambilan supaya mencapai tahap kontras warna yang seimbang. 3. Tempoh masa sebenar pembikinan filem yang dicadangkan. Contohnya, dalam aspek penyediaan skrip oleh penyelia skrip, beliau akan menentukan tempoh masa sesuatu adegan di dalam skrip. Adegan yang terlalu panjang boleh dipendekkan tanpa perlu menunggu proses suntingan.
deterrence functionfungsi halanganKejuruteraan AutomotifTiadaFaktor yang menghalang kelancaran perjalanan seperti jarak, lampu isyarat, dan lain-lain yang digunakan dalam model perancangan pengangkutan.
bad lightcuaca gelapSukanTiadaKeadaan cuaca yang boleh menjejaskan kelancaran permainan.
kernelkernelKesusasteraanTiadaMotif yang secara logiknya sangat penting dalam pembentukan atau kelancaran sesebuah naratif. Sesebuah karya terbina daripada susunan peristiwa yang berturutan secara logik. Motif utama yang menjadi asas susunan peristiwa itu berperanan sebagai inti atau kernel kepada sesuatu karya. Sebarang cubaan untuk menghilangkan motif yang menjadi inti karya itu akan menyebabkan plot cerita terganggu dan tidak berfungsi dengan teratur.
project planningperancangan projekSosiologiTiadaPenyusunan peringkat pelaksanaan sesebuah projek yang bertujuan untuk kelancaran projek.
friction headkepala geseranKomunikasiTiadaBahagian penyambung atau pengikat tripod yang digunakan untuk memastikan kelancaran pergerakan kamera. Kerosakan pada bahagian ini akan menyebabkan kamera tidak boleh digunakan.
red tapepita merahPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara-perkara yang mengganggu, melambatkan dan menghalang kelancaran pengurusan khususnya dalam konteks pembuatan keputusan birokratik. Biasanya pita merah dikaitkan dengan sikap atau cara kerja kakitangan dalam sesebuah organisasi yang suka melengah-lengahkan kerja dan memberikan lebih perhatian kepada perkara-perkara yang kurang penting, manakala perkara-perkara yang penting dilakukan secara sambil lewa. Keadaan ini boleh menyumbang kepada corak pengurusan dan pentadbiran yang lemah. Pita merah bukan sahaja wujud dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan, tetapi juga wujud dalam pertubuhan-pertubuhan lain seperti syarikat, agensi dan NGO. Pita merah juga dikenali sebagai kerenah birokrasi.

123

Kembali ke atas