Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di timur laut Semenanjung, keluasan 14 893 km2, Kota Bharu sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelantan

Puisi
 

Dari Daik pergi Kelantan,
     Kencang angin barat selatan;
Sungguh baik teras di hutan,
     Lama disimpan tumbuh cendawan.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"...laksa Kelantan..." atau "...laksa kelantan..."?Ejaan yang betul ialah "laksa Kelantan"Ejaan14.06.2007
Apakah yang dapat dibandingkan antara dialek kelantan dan juga bahasa baku?Dialek Kelantan ialah bahasa yang digunakan di daerah Kelantan, manakala bahasa baku ialah bahasa standard.Makna20.01.2007
saya ingin mendapat koleksi sajak dari penyair-penyair kelantan dan biodata mereka

Sila merujuk bahan ini :

Sempadan abadi : antologi puisi Persatuan Penulis-penulis Kelantan

Direktoti Penulis Kelantan

Lain-lain23.12.2008
Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul?

1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 

2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio.

3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan.

Tatabahasa16.11.2008
Berdasarkan soalan saya bertarikh 7/7/2011 1. Mengapakah perkataan "kerajaan" sebelum Kerajaan Malaysia adalah nama khas 2. Bagaimana pula dengan perkataan "negeri" dan "negara" contohnya negeri Kelantan atau Negeri Kelantan dan negara Malaysia atau Negara Malaysia. Bukankah "negeri", "negara" dan "kerajaan" sepatutnya nama am.

Sebagai kata nama am, kerajaan dieja dengan huruf kecil tetapi apabila menjadi kata nama khas seperti Kerajaan Malaysia mestilah dieja dengan huruf besar kedua-duanya. Merujuk Kamus Dewan ejaan negara Malaysia betul, iaitu negara dieja dengan huruf kecil.

Ejaan11.07.2011
Mohon mengemukakan contoh penggunaan alamat yang betul untuk surat rasmi. Contoh: Pegawai Daerah Majlis Daerah Machang 18500 MACHANG Kelantan atau Pegawai Daerah Majlis Daerah Machang 18500 Machang KELANTANPenulisan alamat yang betul adalah seperti yang berikut:

Pegawai Daerah,
Majlis Daerah Machang,
18500 MACHANG, KELANTAN.
Lain-lain18.12.2020
apakah perkataan kelantan yang terdapat dalam kamus

Saudara,

Untuk mendapatkan perkataan -perkataan tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekiranya kata masukan dalam kamus ialah kata dialek Kelantan, maka kata tersebut akan ditandai dengan  huruf Kl.   

 

Lain-lain07.07.2009
salam tuan, biasanya di Kelantan atur cara sesuatu majlis akan ditulis seperti berikut: 8.00 pagi ceramah 9.30 pagi persegaran begitulah seterusnya ...adakah dalam konteks ini betul penggunaan perkataan ;persegaran' mohon penjelasan lanjut kerana di Kelantan begitulah keadaannya.

Untuk makluman, tidak ada kata "persegaran" dalam pangkalan data kami. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran, penyegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu.

Tatabahasa10.02.2012
Mencari istilah, dialek atau loghat bagi rakyat Kelantan yang selalu digunakan samada telah pupus atau sedang digunakan oleh masyarakat Malaysia.Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan lanjut. Saudara boleh merujuk buku Sintaksis Dialek Kelantan, tulisan Abd. Hamid Mahmood dan juga Kamus Dewan untuk membantu saudara dalam perkara ini. Saudara juga digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Istilah23.05.2009
tuan, menurut Hikayat seri kelantan (...Tuk Ca itu apa maksud ia mari serta langgar negeri kita ini kerana ia orang kebenaran, tentulah ia beroyat dengan betul) tuan, saya tak dapat cari maksud beroyat, apakah maksud ini? TQRoyat ialah dialek Kelantan, Terengganu dan Pahang yang bermaksud menceritakan atau memberitahukan. Lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=royat untuk maklumat lanjut.Makna18.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas