Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : nama sj palma yg buahnya berkulit tebal, bertempurung dan isinya dpt dibuat minyak; nyiur, Cocos nucifera. ~ bali (sawit) nama sj palma yg buahnya kecil-kecil dan isinya dpt dibuat minyak, Elaeis guineensis. ~ gading kelapa yg kulit buahnya dan pelepahnya berwarna kekuning-kuningan (pokoknya rendah saja). ~ kering isi kelapa yg telah dijemur sampai kering utk dibuat minyak. ~ parut isi kelapa yg sudah diparut atau dikukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelapa (kata nama)
Bersinonim dengan nyiur, kerambil, piasau, kelambir.,

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Kelapa muda tak berminyak.

Bermaksud :

Orang muda yang belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah kata imbuhan bagi kukur kelapa...mengukur kelapa atai mengkukur kelapa? Jika mengukur.. bukankah kata dasarnya ukur?Kata imbuhan yang betul ialah mengukur. Dalam hal ini, huruf k pada kata dasar (kukur) berubah menjadi ng apabila kata tersebut menerima imbuhan meN-. Contoh lain ialah mengira (kira), mengarang (karang) dan mengata (kata) Ejaan07.07.2011
Kuih ketayap yang berintikan kelapa parut sangat digemari oleh ayah (tuan, kelapa parut atau parut kelapa? thx)kelapa parutEjaan20.02.2013
mengopek buah kelapa atau mengopak buah kelapa?tqmengopek kelapaTatabahasa05.09.2012
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
Boleh tolong terangkan perkataan "BAN KELAPA"?Ban kelapa ialah roti kecil yang manis dan bulat dan mengandungi kelapa di dalamnya.Makna17.03.2012
pokok kelapa ----- dipukul tiupan angin. A liang liuk B huyunng hayang . saya nandhana memohon penjelasan.Untuk makluman, dalam konteks ayat tersebut, yang bergerak-gerak apabila ditiup anginnya pokok kelapa. Sebaliknya, daun kelapa. Perkataan yang paling sesuai ialah melambai-lambai. Contoh ayat: Daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin. Manakala, terhuyung-huyung pula bergerak-gerak (bergoyang-goyang dan sebagainya) ke kiri dan ke kanan (seperti orang mabuk dan sebagainya).Tatabahasa04.09.2015
Wilson membeli air kelapa muda KERANA Wilson berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA dia berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA berasa haus.Ayat majmuk yang betul ialah "Wilson membeli air kelapa muda kerana berasa haus".Tatabahasa19.05.2014
Kelapa sawit merupakan tanaman _____ di negara itu. Isi tempat kosong di atas diisi dengan' kedua penting' ATAU 'kedua terpenting' ATAU kedua-duanya boleh diterima ? Terima kasih.Kedua penting atau kedua terpenting, kedua-dua frasa tersebut boleh menjadi jawapan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.09.2009
saya ingin megesahkan terjemahan nama produk seperti dibawah: ENG: coconut milk enhanced with coconut water BM: santan kelapa dipertingkat dengan air kelapa atau terjemahan lain yang sesuai. Terima Kasih.Cadangan terjemahan, "Pengeluaran santan dipertingkatkan dengan air kelapa". Penyemakan dan penterjemahan21.05.2022
Penjodoh bilangan bagi tombong kelapaTiada penjodoh bilangan khusus untuk tombong kelapa. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebiji. tombong kelapa.
Tatabahasa11.09.2013
123456789

Kembali ke atas