Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa] | کلاڤ

Definisi : nama sj palma yg buahnya berkulit tebal, bertempurung dan isinya dpt dibuat minyak; nyiur, Cocos nucifera. ~ bali (sawit) nama sj palma yg buahnya kecil-kecil dan isinya dpt dibuat minyak, Elaeis guineensis. ~ gading kelapa yg kulit buahnya dan pelepahnya berwarna kekuning-kuningan (pokoknya rendah saja). ~ kering isi kelapa yg telah dijemur sampai kering utk dibuat minyak. ~ parut isi kelapa yg sudah diparut atau dikukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelapa (kata nama)
Bersinonim dengan nyiur, kerambil, piasau, kelambir.,

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Kelapa muda tak berminyak.

Bermaksud :

Orang muda yang belum ada pengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kertuk kelapakertuk kelapaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Kertuk kelapa diperbuat daripada kelapa muda yang dikeringkan. Bahagian atas kelapa dipotong dan sekeping kayu nibong dipasangkan secara melintang pada ba­hagian atas lubang kelapa tersebut. Kepingan kayu dipukul dengan pemukul yang berbalut. Empat hingga sepuluh atau lebih kertuk kelapa dimainkan dalam ensembel secara bertingkah-tingkah. Kertuk kelapa dimainkan di desa dan di kota, terutama semasa menyambut sesuatu pesta di Kelantan.

Coconut cakeHampas kelapaPertanianAgronomi

Bahan sisa pertanian yang terhasil setelah minyak kelapa diekstrak daripada isi kelapa. Hampas kelapa biasanya digunakan sebagai makanan ternakan seperti lembu dan kambing kerana mengandungi minyak dan protein.

oil palm by-productshasil sampingan kelapa sawitVeterinarTiadaHasil bukan utama yang diperoleh daripada kelapa sawit selain daripada minyak. Contoh bahan sampingan ini ialah pelepah kelapa sawit, mil isirung kelapa sawit dan enapcemar kelapa sawit yang digunakan sebagai bahan makanan ternakan ruminan. Selain itu, batang kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat perabot dan bahan bangunan. Serabut kelapa sawit pula digunakan sebagai sungkupan tanaman dan tandan kelapa sawit yang dibakar serta abunya dijadikan sebagai baja.
Coconut fibreSerat kelapaPertanianAgronomi

Serat yang diproses daripada sabut kelapa. Serat kelapa tinggi kandungan lignin dan rendah kandungan selulosa, menjadikannya kuat dan tahan lama. Antara produk yang diperbuat daripada serat kelapa adalah tali, tikar, karpet dan pengisi tilam. Serat kelapa merupakan satu-satunya serat daripada buah-buahan yang boleh digunakan dalam industri tekstil.

yellow coconutkelapa gading/kelapa baliPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
kertuk kelapa (Mal)kertuk kelapaKesenianTiadaKertuk yang kotak penggemanya diperbuat daripada kelapa kering.
coconut palm sugargula melaka; gula kelapaPentadbiran PerniagaanTiadaGula kelapa: Gula daripada nira kelapa.
Coconut coirSabut kelapaPertanianAgronomi

Bahagian luar kulit buah kelapa, tidak termasuk tempurung dan isi. Sabut kelapa terdiri daripada serat yang boleh digunakan untuk membuat pelbagai produk seperti berus, kusyen dan tali. Sinonim kulit kelapa.

susur kelapasusur kelapaSukanTiadaTiada
charcoalarangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSisa berkarbon hasil daripada proses pembakaran tak lengkap bahan tumbuhan seperti kayu dan tempurung kelapa atau kelapa sawit, dan tulang haiwan. Arang merupakan hasil utama proses penyulingan memusnah kayu. Spesies kayu yang biasa digunakan untuk menghasilkan arang ialah kayu bakau dan kayu getah. Arang digunakan sebagai bahan api, penapis pernafasan, dan ubat bedil
12345678910...

Kembali ke atas