Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa.ran] | کلاڤرن

Definisi : 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak­-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa.ran] | کلاڤرن

Definisi : 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapar (adjektif)
Bersinonim dengan kebulur, kemaruk;,
Kata Terbitan : berlapar, melaparkan, kelaparan,

Peribahasa

Macam kera kelaparan.

Bermaksud :

Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? 1) Oleh kerana kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Terima Kasih.

Kedua-dua ayat kurang tepat dari segi tatabahasa. 

1) Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? Ayat yang tepat - Oleh sebab kelaparan, dia terpaksa mencuri.

2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Ayat yang tepat - Salah di sisi undang-undang memiliki senjata api.

Tatabahasa29.06.2011
Ingin bertanya maksud peribahasa: AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI KEHAUSANAntara maksud peribahasa ini ialah sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.Makna30.04.2009
apakah maksud umpama ulat dalam batu?Peribahasa yang betul ialah Ulat dalam batu pun Hidup Juga, bermaksud orang yang rajin berusaha tidakakan mati kelaparan.Makna23.06.2008
Adakah "kebulur" untuk satu orang dan "kebuluran" untuk ramai orang? atau kedua-dua perkataan boleh digunakan untuk satu dan ramai orang? Terima kasih.Kebulur dan kebuluran sama maknanya iaitu kelaparan sama ada seorang atau ramai yang kebulur/kebuluran itu.Istilah19.01.2009
Bolehkah anda mengenal pasti kesalahan penggunaan tatabahasa dalam ayat ini? Adik kehausan kerana dia tidak mendapat susu sejak dari pagi tadi.

Minum susu lazimnya boleh mengenyangkan terutamanya untuk kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan kata kehausan dalam ayat ini kurang tepat, sepatutnya ayat ini menjadi; Adik kelaparan kerana dia tidak mendapat susu sejak dari pagi tadi.

Tatabahasa08.12.2010

Kembali ke atas