Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY

Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah

penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan

latar belakang keluarganya, daripada golongan

bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai

Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The

Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas

atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward

VII pada awal tahun 1900-an. Dengan

berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku

tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan

emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang

kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent

(1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen

Country Notes (1939), English Country Houses

(1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak

puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land

(1929).

UMUM 
REPTILIAp>

Reptilia ialah haiwan yang mempunyai kulit yang

kering, bersisik, dan bernafas dengan paru-paru.

Terdapat lebih kurang 6500 spesies (jenis) reptilia,

dan ia membentuk satu daripada kelas vertebrat

(haiwan bertulang belakang). Reptilia termasuk

aligator, buaya, cicak, ular, kura-kura dan tuatara.

UMUM 
KODOK

Kodok ialah haiwan kecil, tidak berekor yang

hampir menyerupai katak. Kodok dan katak

kedua-duanya tergolong dalam kelas haiwan yang

dinamakan amfibia dan hidup sebahagiannya

dalam air dan sebahagian lagi di darat. Tetapi

kodok mempunyai badan yang lebih lebar, kulit

yang lebih kering dan kaki belakang yang lebih

pendek, kurang kuat daripada kebanyakan

katak.

UMUM 
AMFIBIA

Amfibia ialah haiwan yang tidak bersisik –

terkecuali beberapa yang sebahagian hayatnya

hidup dalam air dan sebahagian lagi di darat.

Terdapat kira-kira 3200 jenis amfibia, dan ia

merupakan salah satu kelas vertebrat (haiwan

bertulang belakang). Amfibia termasuk katak,

kodok, salamander, dan sesilia.

UMUM 
ORANG-ORANG BESAR

ORANG-ORANG BESAR, gelaran untuk golongan bangsawan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, golongan bangsawan (pembesar Melayu) dianggap sebagai satu kelas sosial di negeri-negeri Melayu. Golongan pemerintah dan golongan rakyat dianggap sebagai satu unsur asas bagi struktur politik dan sosial Melayu. Orang-orang besar dibezakan secara jelas di hampir semua kawasan petempatan Melayu berdasarkan keturunan dan ikatan perkahwinan. Justeru itu, amat sukar bagi rakyat biasa bertukar taraf menjadi golongan pemerintah di daerah yang latar belakang keluarganya telah dikenali ramai. Rakyat biasa lazimnya berasa rendah diri dan menggunakan bahasa yang halus serta membongkokkan badan sebagai tanda hormat, apabila berhadapan dengan orang-orang besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas