Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelas sosialkelas (golongan) dlm masyarakat yg bertingkat-tingkat menurut taraf hidup, asal keturunan dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
endogami/éndogami/ ist 1 perkahwinan antara individu yg mempunyai pertalian persaudaraan (yg rapat); perkahwinan sesama individu dlm kelas sosial yg sama atau dlm lingkungan tempat tinggal yg sama. 2 pendebungaan antara dua bunga pd tumbuhan yg satu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
argotbahasa yg khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dgn kelas sosial rendah spt pencuri atau penyeluk saku.Kamus Dewan Edisi Keempat
dialek(dialék) satu bentuk bahasa yg di­gunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana.Kamus Dewan Edisi Keempat
susun lapispembahagian sesuatu kpd be­berapa peringkat kelas, golongan, lapisan dsb: ~ sosial; bersusun lapis terbahagi kpd beberapa kelas, golongan, lapisan dsb yg berlainan: orang Melayu di peringkat tempatan telah ~, sama ada dr segi status ataupun kelas.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas1 ruang (di sekolah dsb) tempat belajar; bilik darjah: Apabila guru masuk ke dlm ~, semua murid berdiri dan memberi hormat. 2 kumpulan bagi mempelajari sesuatu: ~ dewasa kumpulan orang dewasa yg belajar membaca dan menulis; ~ tarian kumpulan orang yg belajar seni tari. 3 kumpulan yg termasuk dlm sesuatu golongan (taraf, jenis, peringkat dll) tertentu: ~ menengah; ~ atasan. ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah. ~ kata golongan kata. ~ kambing a. pangkat atau taraf yg paling rendah. b. bahagian (tempat) yg paling murah di panggung wayang. ~ sosial kelas (golongan) dlm masyarakat yg bertingkat-tingkat menurut taraf hidup, asal keturunan dsb. berkelas termasuk dlm kelas, golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu: Terdapat jurang yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah. berkelas-kelas berpangkat-pangkat; bertingkat-tingkat; berperingkat-peringkat: Tidaklah benar bahawa hanya di negara kapitalis saja manusia hidup ~. mengelaskan membahagi-bahagikan sesuatu kpd golongan atau kumpulan tertentu: Pustakawan ~ buku-buku kpd beberapa kumpulan. pengelasan perbuatan atau hal mengelaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelas I1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golong­an atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan per­samaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. baha­gian, kategori, kumpulan (berdasarkan ting­katannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedu­dukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat­tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkelastermasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah;Kamus Dewan Edisi Keempat
demokrasi(démokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di­kua­sai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan atau ber­asas­kan prinsip-prinsip demokrasi; mendemokrasikan menjadikan ber­demo­k­ra­si, menjadikan sesuatu berasaskan de­mo­krasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelas bawahangolongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas