Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lat] | کلت

Definisi : rasa hampir-hampir pahit (spt rasa pinang), rasa sepat; ~ dehe Kl, Tr terlalu kelat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lat] | کلت

Definisi : tali utk menarik layar kapal atau utk menumbangkan pokok yg ditebang; juru~ anak kapal yg mengendalikan tali kelat; mengelati menarik tali kelat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lat] | کلت

Definisi : ; ~ bahu sj gelang yg dipakai di pangkal lengan; ~ dahi perhiasan drpd kertas emas dipakaikan pd dahi pengantin perempuan, gandik; ~ sanggul cucuk sanggul; berkelat dikepilkan: agar tuan sudi menghulurkan sumbangan derma kpd Tabung Projek Ikhtiar mengikut susun cara spt dlm borang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lat] | کلت

Definisi : 1 rasa yg hampir pahit spt rasa pinang dll. 2 mempunyai rasa yg hampir pahit: Buah itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.lat] | کلت

Definisi : ; ~ jambu (batu) nama sj pokok atau buahnya, Eugenia spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelat (adjektif)
Bersinonim dengan perat, rasa hampir-hampir pahit, masam, sepat, sepet.,

Puisi
 

Buah berembang pedada kelat,
     Petik oleh budak-budak;
Putus temberang kusambung kelat,
     Datang perahu belayar juga.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelatkelatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Eugenia spp. daripada famili Myrtaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah keriang, di Sabah ialah obah, dan dan di Sarawak ialah ubah. Terdapat lebih kurang 200 spesies kayu kelat. Antara yang utama termasuk Eugenia cerina, E. chlorantha, E. grandi, dan E. papillosa. Gubal kayu kelat sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 1010 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini sederhana tahan, mudah dikerjakan agak lambat mengering dan sukar diawet. Kayu kelat digunakan untuk membuat tiang, rasuk, gelegar, dan alang. Kayu kelat yang diawet dengan sempurna dapat digunakan sebagai alas landasan kereta api dan jamabatan.
black kelat (Eugenia cymosa)kelat hitam (Eugenia cymosa)PertanianTiadaTiada
chelationkelatVeterinarTiadaSebatian siklik yang terhasil daripada penggabungan molekul organik dengan satu ion logam di tengah-tengahnya. Antara contoh bahan kelat ialah klorofil, sitokrom, hemoglobin dan vitamin B12. EDTA merupakan contoh agen kelat yang kerap digunakan dalam makanan haiwan supaya dapat bergabung dengan mineral bagi meningkatkan penyerapan mineral.
metal chelatekelat logamKimiaKimia Analisislih. kelat.
buntline clothkain tali kelatSukanTiadaKanvas tahan gesel yang dijahit di bahagian hadapan layar persegi pada laluan tali kelat.
chelatekelatFizikTiadaTiada
chelatekelatPerikananTiadaTiada
chelatekelatGeologiTiadaTiada
chelatekelatPerubatanTiadaTiada
chelatekelatKimiaTiada2. Penggunaan suatu sebatian untuk menutup atau mencengkam bahan toksik, menjadikannya tak aktif dan seterusnya tak toksik.,5. Sebatian kompleks yang mengandung ligan bidentat seperti etilenadiamina atau ligan polidentat seperti etilenadiamina tetraasetat.
123456

Kembali ke atas