Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.ya.kan]/[ke.la.ya/.kan] | کلايقن

Definisi : kebolehan, kecekapan, kesanggup­an: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.ya.kan]/[ke.la.ya/.kan] | کلايقن

Definisi : kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layak (adjektif)
Bersinonim dengan padan, patut, sesuai;,
Kata Terbitan : selayaknya, melayakkan, kelayakan, berkelayakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
KESULTANAN KEDAH

KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas