Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.ya.kan]/[ke.la.ya/.kan] | کلايقن

Definisi : kebolehan, kecekapan, kesanggup­an: tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan ~ atau kelulusan yg khas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.ya.kan]/[ke.la.ya/.kan] | کلايقن

Definisi : kebolehan; kecekapan: ~ menjadi polis ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia, badan mesti sihat dan tinggi tidak kurang drpd lima kaki dua inci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layak (adjektif)
Bersinonim dengan padan, patut, sesuai;,
Kata Terbitan : selayaknya, melayakkan, kelayakan, berkelayakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ahliyyah wujubkelayakan terima hak dan tanggunganPerniagaan IslamTiadaKelayakan yang bermula dari peringkat janin tanpa mengira keadaan fizikal dan mental untuk menerima harta dan tanggungan. Kelayakan ini kekal selagi hidup dan berakhir dengan kematian. Namun, individu yang meninggal dunia masih menanggung hutang dan berakhir apabila hutang tersebut dijelaskan oleh ahli warisnya atau pihak yang bersetuju menanggung hutang. Ahliyyah wujub terbahagi kepada dua, iaitu ahliyyah wujub kamilah dan ahliyyah wujub naqisah.
ahliyyah ada’ naqisahkelayakan melaksana tak sempurnaPerniagaan IslamTiadaSifat kelayakan melaksana oleh kanak-kanak berdasarkan tahap mumaiyiz sehingga baligh. Pada peringkat ini, kanak-kanak tersebut mempunyai kelayakan melaksana yang terhad, iaitu tidak boleh membuat wasiat, hibah, jual beli atau urusan sewaan kecuali mendapat keizinan wali atau wasinya terlebih dahulu bagi mengelakkan penipuan.
ahliyyahkelayakanPerniagaan IslamTiadaSifat keupayaan yang perlu ada pada individu bagi membolehkannya menerima hak dan tanggungjawab serta melaksanakannya. Kelayakan ini sempurna berkuat kuasa apabila individu mencapai umur baligh. Manakala kelayakan tidak sempurna berlaku pada individu yang belum mencapai umur baligh atau tidak matang fikirannya.
competencykelayakan; kecekapan; kebolehanSejarahTiadaKelayakan, kemampuan atau kesanggupan untuk melakukan sesuatu sebagai satu nilaian yang ditafsir oleh seorang penulis sejarah.
ahliyyah ada’kelayakan melaksanaPerniagaan IslamTiadaKelayakan melakukan sesuatu urus niaga mengikut syarak dan sebarang akad yang dimeterai adalah sah. Sebaliknya, sesiapa yang tidak berkelayakan, akadnya tidak sah. Ahliyyah al-ada’ terbahagi kepada dua, iaitu ahliyyah ada’ kamilah dan ahliyyah ada’ naqisah.
pawn qualificationkelayakan gadaianEkonomiEkonomi IslamJumlah pinjaman maksimum yang boleh diberi kepada penggadai. Jumlah ini berdasarkan peratusan tertentu daripada nilai barang gadaian yang dikemukakan oleh penggadai kepada pegadai. Peratusan kelayakan ini boleh berbeza dalam kalangan pegadai dan penggadai. Contohnya, jika nilai barang gadaian RM1,000 dan peratusan kelayakan ialah 60 peratus, maka penggadai layak mendapatkan pinjaman sebanyak RM600 sahaja.
أهلية التوكيلkelayakan mewakiliAgama IslamFiqhKelayakan seseorang mewakilkan urusannya dalam hal yang dibenarkan oleh syarak. Contohnya, dalam urusan jual beli dan perkahwinan.
disqualificationperlucutan kelayakanSejarahTiadaPerihal melucutkan sesuatu hak atau kelayakan seseorang atau kesalahan yang dilakukan.
أهلية الأدأkelayakan melaksanaAgama IslamFiqhSeseorang yang mempunyai kelayakan untuk menunaikan tanggungjawab syarak.
أهلية الوجوبkelayakan tanggungjawabAgama IslamFiqhSeseorang yang mempunyai kelayakan untuk menguruskan hal dirinya sahaja.
12345678910...

Kembali ke atas