Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.za.tan] | کلاذتن

Definisi : 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka atau gemar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.za.tan] | کلاذتن

Definisi : keadaan lazat; keenakan; kenikmatan; kesedapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelazatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i. Contoh: 1.Lelaki itu kemalangan. 2.Kelazatan makanan itu tak terkatakan. Bagaimana kita nak tukar jadi ayat aktif. Boleh kongsi jawapan.1. Kemalangan menimpa lelaki itu. 2. Makanan itu kelazatan tidak terkata.Tatabahasa29.04.2013
Assalamualaikum. Berdasarkan pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menyingkirkan , kamus PRPM, menyingkirkan bermaksud menjauhkan (menghindarkan) dari sesuatu. Contoh: "~ diri dari keindahan dan kelazatan hidup di kota". Mengapakah kata sendi nama "dari" digunakan dalam frasa "menyingkirkan diri dari" sedangkan rujukan dibuat tentang objek yang mujarad iaitu "keindahan" dan "kelazatan hidup", bukannya tempat? Adakah "daripada" lebih sesuai digunakan khususnya "menyingkirkan diri daripada"? Terima kasih!Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Berdasarkan kegunaan kedua-dua kata sendi nama tersebut, frasa yang betul ialah “menyingkirkan diri daripada”.Tatabahasa24.01.2022

Kembali ke atas