Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.ma.han] | کلمهن

Definisi : perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.ma.han] | کلمهن

Definisi : keadaan atau hal lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cataplexykatapleksiPerubatanTiadaKeadaan yang dicirikan dengan kelemahan otot dan hipotonia (kelemahan tonus) secara tiba-tiba, yang biasanya dicetuskan oleh rangsangan emosi, seperti kemarahan, ketakutan dan keterperanjatan. Keadaan ini juga kerap kali mengiringi narkolepsi.
hamartiahamartiaKesusasteraanTiadaKesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�.
tragic flawkelemahan tragikKesusasteraanTiadaKelemahan utama wira tragedi yang menyebabkan kejatuhannya.
tragic flawkelemahan tragikKesusasteraanTiadaKesilapan atau kelemahan besar yang menjadikan nasib seseorang wira dalam sesebuah tragedi menjadi sebaliknya.
hamartia (Yunani)kelemahan; tragis rendahKesusasteraanTiadaCacat tragedi: Kesilapan atau kelemahan besar menjadikan nasib seorang wira dalam sesebuah tragedi menjadi sebaliknya.
wormcecacingTeknologi MaklumatPerisianKod hasad yang menjangkiti komputer menerusi kelemahan aplikasi pelayan atau sistem pengendalian. Cecacing berbeza dengan virus kerana kebolehannya menggunakan rangkaian untuk mengeksploitasi kelemahan, seterusnya menjalankan muat beban hasadnya secara automatik. Selain merosakkan sistem komputer, serangan cecacing boleh mengakibatkan rangkaian komputer menjadi sesak dan tidak boleh digunakan oleh pengguna. Contoh cecacing yang mengeksploitasi kelemahan sistem pengendalian dan aplikasi Windows ialah Blaster, Code Red dan Slammer.
anomalyanomaliPentadbiranPentadbiran Awam

Kelemahan, penyimpangan peraturan atau ketidakwajaran yang melemahkan sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Kelemahan ini wujud akibat perancangan yang tidak sistematik daripada penggubal peraturan yang berkenaan. Contohnya, ketidakselarasan gaji antara kakitangan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap majikan, atau ketidakselesaan kakitangan akibat penguatkuasaan terma perkhidmatan pegawai awam kesan pelaksanaan sistem saraan yang baru.

osteitis deformansosteitis deformansPerubatanTiadaSejenis penyakit kronik yang mengakibatkan kelemahan dan kecacatan bentuk tulang. Kelemahan dan kecacatan ini berlaku akibat resorpi zat tulang, yang seterusnya mencetuskan mekanisme baik pulih yang tidak normal, sehingga menambahkan jisim tulang. Keadaan ini melibatkan tulang panjang dan leper, dan boleh mengakibatkan kesakitan serta fraktur patologi. Sin: penyakit Paget
vertebrobasilar insufficiencykelemahan vertebro-basilarPerubatanTiadaIskemia batang otak dan serebelum yang bersifat sementara, di sebabkan berlakunya stenosis arteri vertebra atau basilar. Keadaan ini mengakibatkan vertigo, diplopia, nistagmus, kelemahan otot dan disartria.
benign congenital hypotoniahipotonia kongenital benignaPerubatanTiadaKeadaan yang ditandakan dengan kelemahan yang ketara di dalam bayi akibat kelemahan otot rangka sejak dari lahir.
12345678910...

Kembali ke atas