Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lem.ba.pan] | کلمبڤن

Definisi : 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lem.ba.pan] | کلمبڤن

Definisi : keadaan lembap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembap (adjektif)
1. Bersinonim dengan basah: berair, denar, semek, demek, embal, melempen, berkemal, berlengas,
Berantonim dengan kering

2. Bersinonim dengan lembam: lemah, lambat, lempam,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melembapkan, kelembapan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELEMBAPAN

Kelembapan ialah istilah yang memerikan

amaun wap air dalam udara. Kelembapan berbeza-beza

mengikut suhu dan tekanan udara. Semakin

panas udara, semakin banyak wap air boleh

ditampung. Apabila udara mengandungi sebanyak

wap air yang boleh ditampung pada suhu dan

tekanan tertentu, udara dikatakan tepu dengan wap

air.

UMUM 
INDEKS KELEMBAPAN SUHU UMUM 
KELEMBAPAN BANDINGAN

Kelembapan bandingan, nisbah wap air sebenar yang terdapat di udara terhadap jumlah yang boleh dikandung oleh udara berkenaan, pada had suhu dan tekanan tertentu.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM 
MESOFIT

Mesofit, istilah untuk kumpulan tumbuh-tumbuhan yang memerlukan keadaan kelembapan yang sederhana untuk hidup dan juga untuk proses pertumbuhan yang optimum.

PERTANIANKonsep
TELEMETRI

Telemetri bermakna mengukur dari jauh. Ahli

sains dan jurutera menggunakan telemetri dalam

berbagai-bagai cara. Ahli sains menghantar belon

cuaca setinggi 30 kilometer atau 50 kilometer ke

udara untuk mengukur suhu, tekanan, dan

kelembapan udara di bahagian atas bumi. Pemancar

radio yang dipasang pada belon menghantar semula

maklumat tersebut ke bumi.

UMUM 

Kembali ke atas