Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lem.ba.pan] | کلمبڤن

Definisi : 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lem.ba.pan] | کلمبڤن

Definisi : keadaan lembap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembap (adjektif)
1. Bersinonim dengan basah: berair, denar, semek, demek, embal, melempen, berkemal, berlengas,
Berantonim dengan kering

2. Bersinonim dengan lembam: lemah, lambat, lempam,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melembapkan, kelembapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
percentage humidityperatusan kelembapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kelembapan terhadap kelembapan tepu pada keadaan suhu gas yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 293) dengan H = kelembapan, HS = kelembapan tepu, HA = peratusan kelembapan.
isohumeisohumSainsHidrometeorologiGaris yang dilukis melalui semua titik kelembapan yang sama nilainya di atas permukaan tententu, atau isoplet kelembapan. Pengukuran kelembapan yang digunakan mungkin kelembapan nisbi atau kandungan sebenar lengasan (kelembapan spesifik atau nisbah campuran).
higrometerhigrometerFarmasiTiadaAlat yang digunakan untuk menyukat kandungan kelembapan, atau kelembapan bandingan, udara atau gas lain.
humidity controlkawalan kelembapanPertanianAgroteknologiKawalan terhadap ketepuan kelembapan air di udara atau di dalam ruang. Kawalan kelembapan dalam pertanian sangat perlu terutamanya dalam penyimpanan biji benih, makanan atau sayur-sayuran yang mudah rosak. Tempat penyimpanan bahan-bahan ini memerlukan suhu yang sesuai bagi memastikan ketahanan dan kesegaran bahan-bahan tersebut. Selain itu, gel silika selalu digunakan untuk mengawal kelembapan makanan atau snek dalam bungkusan pek yang kecil.
relative humiditykelembapan relatifPertanianAgronomi

 Ukuran status kelembapan udara. Kandungan air dalam udara dalam suatu tempoh dinyatakan sebagai peratus daripada kandungan air maksimum yang dapat dikandung oleh udara pada suhu tertentu. Contohnya, pada waktu pagi, kelembapan relatif biasanya hampir 100 peratus, manakala pada waktu tengah hari, air dalam udara tersejat dan kelembapan relatif akan menurun. Alat untuk mengukur kelembapan relatif ialah termometer bulba basah dan termometer bulba kering.

rice moisture contentkandungan kelembapan padiPertanianAgronomi

 Kandungan air dalam biji padi. Kandungan ini dipengaruhi oleh kematangan biji dan kelembapan di sekelilingnya. Kaedah penentuan kandungan kelembapan padi adalah melalui penimbangan biji padi sebelum dan selepas dikeringkan dalam ketuhar. Terdapat alat penentuan kelembapan yang lebih cepat tanpa memerlukan pengeringan. Padi yang telah dituai hendaklah dikeringkan dan mengandungi kandungan lembapan tidak melebihi 14 peratus untuk mengelakkan kerosakan setelah dituai.

humiditykelembapanPertanianAgroteknologiKandungan air di dalam udara yang menjadi tepu. Kabus atau wap akan terbentuk sekiranya suhu udara menjadi terlalu rendah. Contohnya, setelah hujan lebat turun, keadaan di suatu kawasan akan mempunyai kelembapan yang tinggi. Kelembapan di suatu kawasan akan memberi kesan langsung terhadap tumbesaran daun tanaman, fotosintesis, pendebungaan, kehadiran penyakit serta mempengaruhi pengambilan nutrien dan pembentukan sistem pengakaran.
saturated humiditykelembapan tepuKejuruteraanKejuruteraan KimiaNilai kelembapan apabila wap berada dalam keseimbangan dengan fasa cecair pada keadaan suhu gas yang dijelaskan sebagai dengan HS = kelembapan tepu, PA = tekanan tepu wap, MA = berat molekul gas, MB = berat molekul wap.
humidity indexindeks kelembapanSainsHidrometeorologiIndeks tahap lebihan air yang melebihi keperluan air di sebarang stesen tertentu, sebagaimana digunakan oleh C.W.Thomthwaite. Indeks kelembapan dikira seperti yang berikut: indeks kelembapan= 100s/n dengan s (lebihan air) ialah hasil tambah perbezaan bulanan antara kerpasan dan sejatpeluhan keupayaan bagi bulan-bulan yang kerpasan biasanya melebihi sejat-peluhan keupayaan; dan n (keperluan air) ialah hasil tambah sejat peluhan keupayaan bulanan bagi bulan-bulan lebihan. Indeks kelembapan mempunyai dua kegunaan dalam pengelasan Thornthwaite, iaitu sebagai komponen indeks kelengasan; dan sebagai asas bagi pengelasan terperinci iklim kering.
humidity coefficientkoefisien kelembapanSainsHidrometeorologiUkuran keberkesanan kerpasan sesuatu kawasan seperti yang dicadangkan oleh Angstrom. Koefisien kelembapan mengiktiraf perhubungan eksponen suhu dengan pertumbuhan tumbuhan dan diungkapkan sebagai, koefisien kelembapan = P/(1.07)t dengan P ialah kerpasan dalam cm dan t ialah suhu min dalam oC bagi tempoh berkenaan. Pembawah hampir bernilai dua kali ganda dengan setiap pertambahan suhu sebanyak 10o.
12345678910...

Kembali ke atas