Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.leng.ka.pan] | کلڠکڤن

Definisi : 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.leng.ka.pan] | کلڠکڤن

Definisi : 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELENGKAPAN

Kelengkapan ialah istilah ketenteraan yang

merujuk kepada senjata dan amunisi.

Kebanyakan tentera darat, tentera laut, dan tentera

udara mempunyai jabatan kelengkapan. Jabatan ini

bertugas untuk mereka, membuat, memperbaiki,

dan mengagih senjata dan amunisi. Istilah

kelengkapan juga termasuk peralatan yang

digunakan dalam pembuatan dan penyelenggaraan

barang-barang ini.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 
SPEAKER

Speaker ialah peranti elektrik yang

mengeluarkan semula bunyi. Speaker membentuk

sebahagian daripada sistem bunyi fideliti tinggi,

radio, alat pemain kaset, dan peti televisyen. Ia

juga menjadi sebahagian daripada sistem siar raya

dan kelengkapan yang digunakan untuk

menguatkan bunyi yang dimainkan oleh pemuzik.

UMUM 
REOSTATp>

Reostat ialah alat yang menaikkan atau

menurunkan amaun rintangan dalam sesuatu litar

elektrik. Dengan mengubah amaun rintangan,

reostat mengawal aliran arus elektrik melalui

sesuatu litar. Banyak jenis reostat digunakan dalam

motor elektrik, pemancar radio, penjana, dan lainlain

jenis kelengkapan elektrik.

UMUM 
ULOS BATAKULOS BATAK, tenunan yang memberi pakan tambahan dengan tidak menggunakan benang emas atau perak, dan merupakan alat kelengkapan upacara adat.  Di daerah Batak, seperti di Tanah Karo, ulos dikenal dengan pelbagai nama antaranya ‘gatip’ ‘juir’, ‘uisgara’, ‘uisnipes’, ‘uisteba’ dan ‘uis arinteneng’, sementara di Tapanuli Utara, dikenal sebagai ‘tampai’ dan ‘palepai’.  Ulos yang paling terkenal ialah ‘ulos ragi idup’.BUDAYAKraf Tangan
SAN JOSE

San Jose, California, (pend. 782 248; pend. kaw.

met. 1 497 577) ialah bandar perindustrian yang

utama dan salah sebuah pusat pembuatan

aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia

terletak di Lembah Santa Clara, lebih kurang 80

kilometer ke selatan San Francisco.

Keluaran utama industri elektronik di sini ialah

komputer dan kelengkapan komputer. Kawasan dari

San José ke barat laut ke Palo Alto kadang-kadang

dikenali sebagai Lembah Silikon disebabkan

terdapat banyak industri komputer dan industri

yang berkaitan dengan komputer.

UMUM 
MOTOR ELEKTRIK

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan

tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk

melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk

menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin

basuh, penyaman udara dan pembersih vakum

termasuk motor elektrik, begitu juga pengering

rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan

gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor

menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain

kelengkapan untuk membolehkan kilang

berjalan lancar.

UMUM 
PORSELIN

Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi

kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering

dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia

pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh

keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya

(boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah

keluaran seramik yang paling keras, porselin

digunakan sebagai penebat elektrik dan

kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun,

porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk

membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga

patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis

porselin yang digunakan untuk tujuan ini

menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik.

UMUM 
PETROLEUM

Petroleum adalah salah satu daripada sumber

semula jadi yang paling berharga di dunia.

Sesetengah orang menamakan petroleum emas

hitam , tetapi lebih baik sekiranya ia diperikan

sebagai nadi negara perindustrian. Bahan api yang

dibuat daripada petroleum membekalkan kuasa

kepada kereta, kapal terbang, kilang, kelengkapan

ladang, trak, kereta api, dan kapal. Bahan api

petroleum juga menjana haba dan tenaga elektrik

untuk rumah dan premis perniagaan.

Keseluruhannya, petroleum membekalkan hampir

separuh daripada tenaga yang digunakan di dunia.

UMUM 
PETRIE

Petrie ialah nama sebuah keluarga peneroka di

Australia .

Andrew Petrie (1798–1872) ialah pembina

bangunan dan salah seorang peneroka yang

pertama di Brisbane, Queensland, Australia. Dia

lahir di Fife, Scotland. Dia tiba di Sydney dan

bertugas sebagai pekerja bebas pada tahun 1831.

Selepas bekerja sebagai kerani di jabatan

kelengkapan, Petrie menjadi penyelia kerja di

Teluk Moreton (kini Brisbane) pada tahun 1837.

Apabila stesen banduan dipindahkan pada tahun

1839, Petrie tinggal di tempat yang sama sebagai

peneroka bebas. Dia mereka bentuk dan membina

banyak bangunan yang penting di sekitar tempat

tersebut. Perjalanannya memberi banyak

pengetahuan mengenai kawasan sekitar. Petrie

ialah orang yang pertama mendaki Gunung

Beerwah, di Pergunungan Glasshouse. Dia

membawa balik ke Brisbane contoh-contoh

pertama pain bunga. Pada tahun 1842, dia

menemui Sungai Mary.

UMUM 
12

Kembali ke atas