Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lé.wa.tan] | کليواتن

Definisi : 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lé.wa.tan] | کليواتن

Definisi : keadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Mohon pencerahan mengenai penggunaan perkataan 'ketinggalan' ataupun 'kelewatan'. Misalnya, Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Adakah perkataan 'kelewatan' lebih sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan 'ketinggalan'? Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan.Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Ketinggalan bermaksud tercicir di belakang kerana tidak dapat menyaingi atau kerana tidak dapat mengejar sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa22.07.2016
Adakah betul penggunaan ayat berikut? Atau, pohon jasabaik Tuan mecadangkan ayat yang lebih baik. " Sayugia dingatkan bahawa, kelewatan mengemukakan dokumen seperti tersebut di Para dua boleh menyebabkan Permohonan Tuan akan lewat diproses dan Kami tidak akan bertanggungjawab jika permohonan Tuan terpaksa ditolak. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1. Tuan diingatkan bahawa kelewatan mengemukakan dokumen yang tersebut di para dua akan menyebabkan permohonan tuan lewat diproses atau ditolak.

2. Tuan diingatkan bahawa kelewatan mengemukakan dokumen yang tersebut di para dua akan menyebabkan permohonan tuan lewat diproses. Kami tidak akan bertanggungjawab jika permohonan tuan ditolak.

 

Tatabahasa31.01.2011
Salam Saya masih belum menerima jawapan daripada tuan: Tarikh dan Masa Pertanyaan : 17/01/2023 01:25:43 PM Terima kasih.Mohon maaf atas kelewatan memberikan maklum balas. DBP telah memberikan maklum balas berkaitan dengan pertanyaan saudara pada hari ini. Mohon saudara menyemak e-mel. Sekali lagi, mohon maaf atas kelewatan.Lain-lain29.01.2023
Saya telah melanggan pembelian majalah bermula dari bulan Januari 2023. Sy telah menerima majalah dari pihak BDP secara pos setiap bulan. Tapi pada bulan Jun, sy belum menerima majalah.Mohon maaf atas kelewatan membalas pertanyaan saudara. Adakah saudara teleh menerima majalah tersebut? Sekiranya ya, kami mohon maaf atas kelewatan dan sekiranya tidak, mohon saudara memberikan maklumat lanjut pembelian melalui e-mel ini.Lain-lain10.06.2023
Salam sejahtera. Saya telah menerima baucar pembayaran DBP dan belum saya tunaikan sehingga kini atas faktor kelewatan baucar tersebut sampai ke tangan saya. Butiran baucar tersebut adalah seperti berikut: NO. BAUCAR- 0001008/09 TARIKH- 16.06/2009 NO.CEK- 035718 BUTIRAN BAYARAN- Honorarium WBS pada 6/5/2009- PUISI:INDAHNYA ALUNAN ITU. Soalan,adakah masih ada peluang untuk saya menunaikan baucar tersebut sedangkan tempoh sah laku cek yang sudah lama tamat?Jika ada,bagaimana?

Salam sejahtera,

Puan diminta untuk mengembalikan baucar tersebut ke Unit Bayaran, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP  untuk disemak dan diperbaharui.

Sekian, harap maklum.

Lain-lain07.10.2010
Selamat sejahtera tuan, mengapakah kamus inggeris tidak terpapar ketika carian kata baru-baru ini?Kami memohon maaf atas kelewatan memberikan maklum balas. Untuk makluman tuan, portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) tidak dapat dicapai sepenuhnya atas beberapa masalah teknikal pada tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, kini PRPM boleh dicapai sepenuhnya. Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan terima kasih kerana menggunakan PRPM sebagai rujukan utama bahasa Melayu.Lain-lain30.07.2023
Apakah peribahasa yang tepat untuk idiom ini (One way and another/ one way or another). terima kasihMaaf atas kelewatan. Pihak kami telah berusaha untuk mencari padanan peribahasa yang tepat. Namun begitu, dalam konteks padanan peribahasa, aspek bahasa dan budaya perlu diambil kira dalam faktor kesesuaian padanan dan tidak boleh dibuat padanan berdasarkan maksud perkataan demi perkataan. Hal ini demikian kerana dalam masyarakat Melayu peribahasa merupakan kearifan lokal yang mencerminkan ketertinggian akal budi. Oleh itu, padanan bagi peribahasa ini dicadangkan "tiada rotan, akal pun berguna".Makna17.04.2014
Assalamualaikum, Pertanyaan saya mudah sahaja - laman web PRPM sedang dikemaskini ke? Saya cuba akses tapi tidak boleh. Terima kasih.Maaf atas kelewatan ini. prpm boleh digunakan seperti biasaLain-lain03.12.2013
Kenapa kebelakangan ini saya tidak dapat mencari istilah di PRPM? Adakah kerana masalah teknikal atau DBP tidak lagi membuka kamus dan istilah kepada umum?Kami memohon maaf atas kelewatan memberikan maklum balas. Untuk makluman tuan, portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) tidak dapat dicapai sepenuhnya atas beberapa masalah teknikal pada tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, kini PRPM boleh dicapai sepenuhnya. Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan terima kasih kerana menggunakan PRPM sebagai rujukan utama bahasa Melayu.Lain-lain24.07.2023
Salam. Bolehkah kata seru 'cis' dan 'cih' digunakan dalam sari kata? Adakah ia dikira sebagai bahasa kasar? Terima kasih.Perkataan "cis" boleh digunakan dalam konteks menyatakan perasaan marah atau benci.

Mohon maaf atas kelewatan memproses pertanyaan tuan. Soalah diterima pada 7 Disember 2020.
Tatabahasa16.07.2020
1234

Kembali ke atas