Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lé.wa.tan] | کليواتن

Definisi : 1. perihal lewat (lambat, berlebih-lebih, dll), kelambatan; 2. terlewat, terlambat: engkau boleh sewa sebuah kereta pergi ke mana-mana suka tetapi jangan ~ balik ke perahu; 3. terlampau, tersangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lé.wa.tan] | کليواتن

Definisi : keadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lewat
1. Dalam konteks usia
bersinonim dengan lanjut, lebih, larut,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan melampaui waktunya
( lambat, lat, sayup, kasip, )
(adverba:)
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : selewat-lewatnya, melewati, melewatkan, terlewat, kelewatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OSTEOMIELITIS

Osteomielitis ialah keradangan tulang dan

sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras

tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan,

biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai

Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh

berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun.

Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh

terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria.

Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari

bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di

bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala

osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan,

kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya.

Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan

antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui

pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat

osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan

tulang dan seterusnya kecacatan.

UMUM 

Kembali ke atas