Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.ha.tan] | کليهتن

Definisi : boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.ha.tan] | کليهتن

Definisi : 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang keduduk kayu hutan,
     Hijau biru kelihatan;
Mana duduk di pangku tuan,
     Lemah lesu rasa badan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Busuk,
     busuk embacang.

Bermaksud :

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chromatopsiakromatopsiaPerubatanTiada1. Keadaan objek berwarna kelihatan aneh warnanya dan objek tidak berwarna kelihatan berwarna. 2. Buta warna separa.
latent picturegambar pendamKomunikasiTiadaImej yang tidak kelihatan pada filem yang belum diproses tetapi akan kelihatan setelah diproses.
apparent sizesaiz ketaraMatematikTiadaSaiz yang kelihatan dipunyai oleh sesuatu objek, seperti matahari dan bulan di langit yang kelihatan seperti mempunyai saiz yang sama.
blind stitchjahit sorokKesenianTiadaMata jahitan yang dibuat tidak kelihatan di sebelah luar dan hampir tidak kelihatan di sebelah dalam. Biasanya digunakan untuk menjahit kelepet.
blue cloudawan biruMatematikTiadaFormasi awan di planet Marikh yang kelihatan dalam gambar foto biru dan ultralembayung tetapi tidak kelihatan pada gambar foto plat kuning atau merah.
solar prominancesemarak suriaMatematikTiadaLapisan gas bercahaya daripada permukaan matahari, yang kelihatan gelap apabila bertentangan dengan cakera matahari tetapi kelihatan cerah apabila bertentangan dengan langit biru dan berlaku di kawasan medan magnet mendatar.
lampbrush chromosomekromosom berus lampuBiologiHistologi dan SitologiKromosom tetrad diploten pada amfibia, burung dan ikan jerung tertentu yang kelihatan seperti “berus lampu” apabila dilihat dengan mikroskop elektron. Struktur yang kelihatan seperti “bulu berus” itu, sebenarnya gelung yang berpunca daripada paksi kromosom homolog yang dicantumkan oleh dua kiasma yang jauh letaknya. pada tahap awal, biasanya diplonem mempunyai empat bebenang tetrad tetapi di dalam kromosom berus lampu ini tiada sebarang sub-bahagian paksi kembar yang kelihatan pada empat bebenang tetrad ini kecuali pada tempat yang terhad.
protected budmata tunas terlindungPertanianAgronomi

Mata tunas yang tidak kelihatan pada mata kasar  kerana dilindungi oleh  kulit dahan atau batang. Sebaliknya, yang kelihatan ialah bengkakan pada lokasi mata tunas yang menandakan pucuk baru akan keluar. Contohnya, mata tunas pada famili Lansium seperti dokong, langsat, dan duku. 

riparianriparianPerikananTiadaBerkaitan dengan kawasan tebing sungai yang akan kelihatan apabila air surut dan tenggelam apabila air pasang. Semasa air surut, hidupan yang berada di tebing akan kelihatan dan hidupan tersebut merupakan hak milik tuan tanah. Tuan tanah mempunyai hak untuk menangkap, memelihara atau memancing ikan, atau menyewakan kawasan tebing tersebut kepada pihak lain.
prominancesemarakMatematikTiadaKumpulan gas, sebahagian besarnya gas hidrogen, yang kelihatan pada atas kromosfera atau korona-dalam matahari dan mempunyai ketumpatan yang tinggi dan apabila suhunya rendah daripada persekitarannya kelihatan sebagai unjuran cerah melalui sembir.
12345678910...

Kembali ke atas