Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ling] | کليڠ

Definisi : IB paku besi yg berkepala dua (utk melekatkan dua keping besi); mengeling melekatkan (menyatukan) besi dgn menggunakan keling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ling] | کليڠ

Definisi : sl sj kapal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ling] | کليڠ

Definisi : 1. sl sebuah empayar di pantai Coro­mandel Semenanjung India, yg disebut Kalinga dan Telingana, yg terkenal dgn pelayar atau pedagang yg datang ke Asia Tenggara seawal abad ke-3: maka kata Bendahara, “Apa maksud Orang Kaya Saudagar datang ke Melaka ini, kerana tanah ~ dan tanah Melaka ini terlalu jauh pelayaran?”; 2. sl panggilan bagi orang (pedagang, pelayar) yg berasal dari Kalinga dan Telingana yg datang ke Tanah Melayu seawal abad ke-3: adapun pd masa itu Holanda dan orang Cina dan orang ~ pun semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai rupanya dan lakunya; 3. Kd, Pn orang India yg beragama Islam; ~ pelikat orang India yg beragama Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ling] | کليڠ

Definisi : 1 (bahagian) India selatan: benua ~. 2 = orang ~ orang yg berasal dr selatan India. ~ pelikat orang India yg beragama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keling

Puisi
 

Orang Keling sembahyang kusami,
     Bawa dian sepuntung seorang;
Ibarat ambo rumput di bumi,
     Pagi petang dipijak orang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gendang Keling (Mal)gendang KelingKesenianTiadaGendang dua muka yang digunakan di dalam permainan silat dan terinai yang popular di Kedah dan Perlis.
Keris Sempana KelingKeris Sempana KelingKerisTiadaKeris yang mempunyai tiga keluk.
parboiled riceberas kelingPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
parboiled riceberas kelingMakanan dan PemakananTeknologi MakananBeras yang diperoleh daripada padi yang dikukus atau dididih selepas direndam. Proses ini membolehkan vitamin B meresap ke bahagian bijian beras supaya apabila padi ini dikilang, berasnya mempunyai lebih banyak vitamin B berbanding dengan beras biasa.
Tamil safflower (Bixa orellana)kesumba keling (Bixa orrellana)PertanianTiadaTiada
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.

Kembali ke atas