Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lir] | کلير

Definisi : 1. tirai wayang kulit, tirai (layar putih) utk tayangan wayang gambar; 2. ki sesuatu (helah, muslihat, dll) utk menyembunyikan tujuan yg sebenar; bermain di belakang ~ prb memimpin dgn diam-diam (secara sulit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lir] | کلير

Definisi : IB, bp warna; potelod ~ pensel ber­warna; dikelir diwarnai (dgn cat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flatkelirKesenianDrama dan TeaterKain yang direntang atau dibingkai dalam pelbagai saiz yang berfungsi sebagai latar atau sebahagian daripada set di atas pentas. Kelir terdiri daripada pelbagai jenis seperti kelir laluan gerbang, kelir pengadang, kelir pintu, kelir tak sebentuk, kelir tingkap, kelir kembar, kelir kecil dan kelir biasa.
kelirkelirKesusasteraanTiadaTabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup.
booked flatkelir kembarKesenianDrama dan TeaterSejenis kelir yang terdiri daripada dua keping kelir yang dicantumkan.
plain flatkelir biasaKesenianDrama dan TeaterSejenis kelir yang tidak dilukis atau dihias dengan sebarang warna.
jog flatkelir kecilKesenianDrama dan TeaterSejenis kelir yang bersaiz kecil dan mudah alih.
backing flatkelir pengadangKesenianDrama dan TeaterSejenis kelir yang berfungsi sebagai pengadang dan pelindung kepada pelakon di bahagian pentas belakang.
door flatkelir pintuKesenianDrama dan TeaterSejenis kelir yang berfungsi sebagai pintu.
window flatkelir tingkapKesenianDrama dan TeaterSejenis kelir yang berfungsi sebagai tingkap.
archway flatkelir laluan gerbangKesenianDrama dan TeaterSejenis kelir yang berfungsi sebagai laluan gerbang.
irregular flatkelir tak sebentukKesenianDrama dan TeaterSejenis kelir yang mempunyai bentuk tidak sekata.
12345

Kembali ke atas