Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.long.ga.ran] | کلوڠݢرن

Definisi : 1. perihal longgar: utk men­cegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolong­annya itu bererti memberi ~ juga kpd isteri­nya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.long.ga.ran] | کلوڠݢرن

Definisi : keadaan longgar: Oleh sebab ~ undang-undanglah maka banyak berlaku kecurian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgar (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran,
Berantonim dengan ketat

2. Dalam konteks skru, paku,
bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut,
Berantonim dengan ketat

3. Dalam konteks persahabatan
bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan,
Berantonim dengan erat

Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
looseness of associationkelonggaran asosiasikelonggaran asosiasikelonggaran asosiasiPerubatan
occult joint instabilityinstabilitas/kelonggaran sendi samarkelonggaran sendi samarinstabilitas/kelonggaran sendi samarPerubatan
ligament laxityligamen longgarligamen longgarkelonggaran ligamenPerubatan
backlashkelonggaran (gigi)kerenggangan; sebat-balikkeregangan sebat-balikKejuruteraan
backlashkelonggaran (gigi)kerenggangan; sebat-balikkeregangan sebat-balikKejuruteraan
propeller radial clearancekelonggaran radial baling-balingkelegar radial kipaskelegar radial kipasKejuruteraan Kapal Terbang

Kembali ke atas