Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm per­niagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkem­bang) kulit penutupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : ; burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis dan menjadi penutup atau pembalut sesuatu. ~ bunga helai kuntum bunga yg berwarna-warni; sari bunga. ~ jantung pembalut jantung pisang. ~ mata pelupuk mata. terkelopak terbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelopak

Puisi
 

Hanyut pandan tiga kelopak,
     Orang mengail diolak tamban;
Entah di mana badan tercampak,
     Saya menyanyi meninggalkan zaman.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tinggal kelopak salak.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kelopak-kelopak Yang LaluA. Jalil AliURTV1 March 1975
Kelopak KasihNoranizan TahirKeluarga Harmoni1 August 2008
Kelopak BerembunAs SyramyMingguan Wanita18 January 2008
Kelopak TamanZurairi HanipIbu10 June 2004
Kelopak TamanZurairi HanipWanita1 August 2003
Kelopak RasaSetiabudiDewan Masyarakat15 May 1964
Kelopak Kembang MembaraNorhisham MustaffaPerempuan1 May 1995
Kelopak Kasih BerguguranSabturiah IsdupURTV15 January 1984
Kelopak Rindu Memaut RestuAminah Hj MokminBahana1 October 1995
Sesuci Kelopak MawarNorisAnis1 October 2002
123

Kembali ke atas