Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm per­niagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkem­bang) kulit penutupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : ; burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis dan menjadi penutup atau pembalut sesuatu. ~ bunga helai kuntum bunga yg berwarna-warni; sari bunga. ~ jantung pembalut jantung pisang. ~ mata pelupuk mata. terkelopak terbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelopak

Puisi
 

Hanyut pandan tiga kelopak,
     Orang mengail diolak tamban;
Entah di mana badan tercampak,
     Saya menyanyi meninggalkan zaman.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tinggal kelopak salak.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
scattern sprinkling, a. (of things) bertaburan: a ~ of rose petals greeted her arrival, kelopak-kelopak mawar yg bertaburan menyambut kehadirannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scatter2. a. throw (st) in different directions, menaburkan: the children ~ed rose petals in front of the bridal couple, kanak-kanak itu menaburkan kelopak-kelopak mawar di hadapan mempelai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
velvetyadj 1. soft and smooth like velvet, lembut dan licin spt baldu; (of eyes) lembut: the ~ skin of babies, kulit bayi yg lembut dan licin spt baldu; the ~ petals of the rose, kelopak-kelopak mawar yg lembut dan licin spt baldu; her ~ eyes and winning smile, matanya yg lembut dan senyumnya yg menggoda; 2. soft and without sharpness, lembut dan lemak: a ~ voice, suara yg lembut dan lemak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
petal n kelopak bunga, ranggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eyelidn kelopak mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calyxn kaliks, kelopak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flaky pastryn pastri kelopak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
touch3. feel, rasa: the velvety ~ of the petal, rasa kelopak bunga yg spt baldu; the soothing ~ of warm water, rasa air panas yg menyegarkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shade ~ (off) into, beransur-ansur berubah menjadi: the petals are yellow, shading into pink at the edges, kelopak bunga itu berwarna kuning, beransur-ansur berubah menjadi merah pd tepinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smooth a ~, silky material, kain yg licin spt kain sutera; a baby’s skin is as ~ and soft as rose-petal, kulit bayi selicin dan selembut kelopak mawar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas