Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm per­niagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkem­bang) kulit penutupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : ; burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis dan menjadi penutup atau pembalut sesuatu. ~ bunga helai kuntum bunga yg berwarna-warni; sari bunga. ~ jantung pembalut jantung pisang. ~ mata pelupuk mata. terkelopak terbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelopak

Puisi
 

Hanyut pandan tiga kelopak,
     Orang mengail diolak tamban;
Entah di mana badan tercampak,
     Saya menyanyi meninggalkan zaman.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tinggal kelopak salak.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku?Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut.  Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.Istilah21.12.2017
maksud kejelikitan dan penggunanya dalam ayatJeleket (bukan jelikit) bermaksud melekat biasanya pada kertas, kelopak mata, dan lain-lain. Kejeleketan bermaksud keadaan jeleket; contohnya, "Kejeleketan menyebabkan ia sukar membuka kelopak mata dengan cepat".Makna28.07.2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Mohon berikan cadangan bagi perkataan 'double eyelid'. Sumber internet yang saya jumpa kebanyakannya menggunakan padanan kelopak mata berganda. Adakah ia benar? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi "double eyelid" ialah kelopak mata berganda. Istilah17.02.2020
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan untuk perkataan "magazine" dalam senjata api. Salah satu terjemahannya ialah "lelopak peluru" namun istilah "lelopak" tiada dalam Kamus Bahasa Melayu. Banyak saluran berita menggunakan istilah "kelopak peluru", adakah itu terjemahan yang betul/sah? Adakah lelopak cuma kelopak yang tersalah ejaannya di PRPM? Mohon pencerahan, terima kasih.Betul, padanan magazine (senjata api) dalam bahasa Melayu ialah lelopak peluru. Kata "lelopak" ialah istilah, iaitu penggunaan khusus dalam bidang tertentu dan tidak semua istilah ada dalam kamus. Kata "lelopak" juga ditemukan dalam bidang komputer, iaitu lelopak kad (card magazine). Istilah11.11.2023
APAKAH MAKSUD JAMUNG,JURAGAN,DATI KELOPAK MATA,BEBATKAN,& MENYEMARAKKAN TEMBANG. 2.) TETESAN ATAU TITISAN.

1) Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, jamung ialah andang atau suluh manakal juragan ialah nakhoda.  Walau bagaimanapun soalan "bebatkan & menyemarakkan tembang" tidak jelas.

2) Ejaan yang betul ialah titisan.

Untuk makluman saudara, perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP tidak merangkumi pertandingan Teka Silang Kata atau apa-apa bentuk pertandingan. Walau bagaimanapun saudara dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam laman web DBP.

Makna01.06.2009
Apakah kata lawan kepada sepet iaitu keadaan kelopak mata yang ada dua garisan.

Saudara/Saudari,

Lawan kepada mata yang sepet lazimnya digunakan bundar dan bulat.

Lain-lain10.09.2012
Why do our eyelids twitch contantly sometimes? Terjemahan: Mengapakah kelopak mata kita kadang-kadang berkelip? adakah kata berkelip boleh menjadi maksud bagi perkataan twitch?Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan twitch sesuai diterjemahkan kepada menggerenyet.Penyemakan dan penterjemahan15.08.2018
Adakah ayat yang mengandungi "yang" dikatakan ayat majmuk? Contoh: Mereka melihat kelopak bunga raya yang sedang mekar. Terima kasih.Ya betul.Tatabahasa13.08.2014
While blinking, our eyelids spread tears evenly on our eyes in order to moisten the eyeballs. Terjemahan: Apabila kelopak mata berkelip, air mata akan merebak keseluruh mata untuk melembapkan bola mata. Adakah perkataan "merebak" sesuai digunakan untuk terjemahan tersebut?Jika dirujuk kepada ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut ialah "merembes" yang bermaksud meresap masuk atau keluar (berkenaan benda cair).Makna27.09.2018
12

Kembali ke atas