Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm per­niagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkem­bang) kulit penutupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : ; burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis dan menjadi penutup atau pembalut sesuatu. ~ bunga helai kuntum bunga yg berwarna-warni; sari bunga. ~ jantung pembalut jantung pisang. ~ mata pelupuk mata. terkelopak terbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelopak

Puisi
 

Hanyut pandan tiga kelopak,
     Orang mengail diolak tamban;
Entah di mana badan tercampak,
     Saya menyanyi meninggalkan zaman.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tinggal kelopak salak.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
anak daunleafletKelopak daun kecil yang bergabung untuk membentuk daun. Contohnya, sehelai daun ubi kayu dan daun betik terdiri daripada beberapa anak daun. Lihat RajahSekolah Rendah
bunga rayahibiscusBunga yang mempunyai lima kelopak, dan biasanya berwarna merah, merah jambu, putih atau kuning. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan negara Malaysia. Lihat RajahSekolah Rendah
injap bikuspidbicuspid valveInjap yang terdiri daripada dua kelopak bermembran yang terletak antara atrium dengan ventrikel kiri jantung burung dan mamalia.Menengah Atas
bungaflowerBahagian yang mengeluarkan buah pada tumbuhan. Bunga biasanya mempunyai kelopak berwarna-warni yang berbau wangi untuk menarik perhatian serangga.Sekolah Rendah
konjunktivitisconjunctivitisKeradangan pada membran halus yang menutupi bola mata dan lapisan kelopak mata.Menengah Atas
ranggipetalBahagian bunga yang biasanya berwarna terang dan dapat menarik perhatian serangga untuk menjalankan pendebungaan. Ranggi dikenali juga sebagai kelopak bunga.Menengah Rendah

Kembali ke atas