Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm per­niagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkem­bang) kulit penutupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : ; burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis dan menjadi penutup atau pembalut sesuatu. ~ bunga helai kuntum bunga yg berwarna-warni; sari bunga. ~ jantung pembalut jantung pisang. ~ mata pelupuk mata. terkelopak terbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelopak

Puisi
 

Hanyut pandan tiga kelopak,
     Orang mengail diolak tamban;
Entah di mana badan tercampak,
     Saya menyanyi meninggalkan zaman.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tinggal kelopak salak.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti kelopak pandan.Keelokan seorang perempuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggal kelopak salak.Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggal kain sehelai sepinggang.Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas