Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm per­niagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkem­bang) kulit penutupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : ; burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lo.pa/] | کلوڤق

Definisi : sesuatu yg tipis dan menjadi penutup atau pembalut sesuatu. ~ bunga helai kuntum bunga yg berwarna-warni; sari bunga. ~ jantung pembalut jantung pisang. ~ mata pelupuk mata. terkelopak terbuka kelopaknya; terbuka kulit penutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelopak

Puisi
 

Hanyut pandan tiga kelopak,
     Orang mengail diolak tamban;
Entah di mana badan tercampak,
     Saya menyanyi meninggalkan zaman.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tinggal kelopak salak.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
petalranggi; kelopak gulaPentadbiran PerniagaanTiada2. Kelopak gula: Pastri lapis berbentuk kelopak bunga yang ditabur gula sebelum dibakar.
eyelid nozzlemuncung kelopak mataAeroangkasaTiadaMuncung pendorong yang dipasang dengan ram berbentuk kelopak mata yang boleh dibuka dan ditutup untuk mengubah diameter jet bahan api.,Tangga yang dipasang pada kenderaan di pelabuhan udara untuk tujuan menaikkan dan menurunkan penumpang pesawat udara.,Muncung pendorong yang dipasang dengan ram berbentuk kelopak mata yang boleh dibuka dan ditutup untuk mengubah diameter jet bahan api.
tarsorrhaphytarsorafiPerubatanTiadaPembedahan untuk menjahitkan kelopak mata atas dengan yang bawah secara menyeluruh atau sebahagian sahaja bagi menutup atau memendekkan pembukaan kelopak mata. Lihat juga blefarorafi.
eyelidkelopak mataPerubatanTiadaTiada
eyelidkelopak mataBiologiHistologi dan SitologiLipatan kulit di hadapan bawah atau atas bola mata yang boleh menutup mata. palpebra; pelupuk mata.
throttle flapkelopak menjerutFizikTiadaTiada
barn doorkelopak lampuKomunikasi MassaTiadaTiada
barn doorkelopak lampuKomunikasiTiadaTiada
barn doorkelopak lampuKomunikasiTiadaTiada
adipose eyelidkelopak mata adiposPerikananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas