Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan sesuai untuk terjemahan istilah 'once removed/twice removed/three times removed" kedalam bahasa Melayu yang digunakan dalam salasilah keluarga bahasa Inggeris?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'once removed/twice removed/three times removed" dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "once removed" diberikan maksud seperti yang berikut: once removed (of cousins) a. (one generation younger) anak saudara (se)pupu; b. (one generation older), /emak, bapa/ saudara (se)pupu, (saudara) (se)pupu /emak, bapa. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah12.12.2013
Sila beri definisi bahasa melayu/malaysia standard/bakuBahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu Polenesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu standard atau baku ialah bentuk bahasa, ejaan dan sebagainya yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya.Makna20.11.2007
Definisi Bahasa Melayu

Saudara Mai,

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu Polenesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara  Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu standard atau baku ialah bentuk bahasa, ejaan dan sebagainya yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya.

Makna06.08.2009
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit?

Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah Bahasa-bahasa_Melayu-Polinesia" title="Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" class="mw-redirect">keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk Bahasa Tagalog">bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, Bahasa Jawa">bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu Bahasa" title="Bahasa">bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu Bahasa rasmi">bahasa rasmi di India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza.

Lain-lain23.06.2008
1. Adakah ayat berikut betul dan tolong beri penerangan mengapa ? a) Para penonton memberi sorakan gemuruh. b) Kita haruslah beriadah bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang dinyatakan betul kerana mempunyai pola ayat dasar bahasa melayu iaitu terdapat subhjek dan predikat pada ayat tersebut.

1. Para penonton (subjek)  memberi sorakan gemuruh (predikat)

2. Kita (subjek) haruslah (kata bantu) beriadah (predikat) bersama dengan ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan keluarga (keterangan).

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa19.01.2018
1.Terangkan kenapa bahasa adalah petanda sosial? 2.huraikan fungsi bahasa.Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar.Tatabahasa30.08.2006
meraikan acara hari keluarga atau menyambut acara hari keluargaMenurut Kamus Bahasa Melayu maksud meraikan ialah menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan manakala maksud menyambut pula ialah 1 menerima apa-apa yang diberikan dengan tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yang jatuh atau yang dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kepada sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. Ayat yang betul ialah meraikan acara hari keluarga.Tatabahasa12.03.2019
apakah yang dimaksudkan dengan peranan keluarga dalam kejayaan anak-anak?

Beberapa persoalan perancangan keluarga | Adam A. Kadir | Dewan Masyarakat | 15/11/1978

Berbudi bahasa membentuk keluarga bahagia (Diwawancara oleh Azrina Md. Zain) | Zaleha Ismail | Pelita Bahasa | 01/06/2005

Lain-lain22.03.2008
Selamat petang. Ayat di bawah merupakan penjelasan untuk gambar dalam sebuah buku terjemahan dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu, antara dua ayat di bawah, ayat yang manakah lebih sesuai atau betul? (a)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Lukisan Keluarga Confucius 孔子世家图). (b)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Kongzi Shijia Tu (Lukisan Keluarga Confucius)). Terima kasih.

Ayat yang tepat ialah Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Lukisan Keluarga Confucius, karya lukisan kaedah gosok dakwat Dinasti Ming).

Dalam karya terjemahan, penggunaan bahasa sumber (bahasa Cina) tidak perlu diulang dalam bahasa sasaran (bahasa Melayu). Transliterasi atau penyesuaian ejaan Rumi bagi ayat “Kongzi Shijia Tu” juga tidak perlu digunakan kerana sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, iaitu Lukisan Keluarga Confucius. Nama atau tajuk lukisan pula perlu menggunakan huruf condong atau italik. Penggunaan tanda kurung ((  )) yang berlapis harus dielakkan sekiranya menimbulkan kekeliruan.

Tatabahasa09.04.2020
1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena / sempena Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira / Ali berasa sangat gembira. 3. Bapa membawa kami sekeluarga/ keluarga saya / saya dan keluarga ke Zoo Negara 4Sekolah saya mengadakan hari sukan / Hari Sukan.1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira. Saya berasa gembira. 3. Ketiga-tiganya betul. 4. Sekolah saya mengadakan hari sukan.Tatabahasa22.03.2010
12345678910

Kembali ke atas