Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.bung] | کلوبوڠ

Definisi : sesuatu (spt kain dll) sbg pem­bungkus atau penutup, selubung; berkelubung bertutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, berselubung: Bibah sedang duduk ~ dan hanya nampak matanya sahaja; mengelubungi 1. menutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, menyelubungi; 2. ki meliputi: kabut yg ~ kawasan sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.bung] | کلوبوڠ

Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), janggut (tongkat) ali, rumput paha belalang, rumput sarung pipit, terubung, Panicum sarmentosum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.bung] | کلوبوڠ

Definisi : kain dll yg dipakai utk menutup atau utk membungkus sesuatu; selubung. berkelubung memakai kelubung; berselubung. mengelubungi menjadi sbg kelubung pd; menutup (badan dll) dgn kelubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelubung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protoblemprotoblemBiologiMikologiLapisan miselium yang menyelubungi kelubung universal beberapa jenis cendawan, misalnya Amanita. Lapisan ini kadang-kadang dikenal juga sebagai kelubung universal primer, kelubung subuniversal. kelubung primordia.
universal veilkelubung universalBiologiMikologi1. Kelubung yang menutupi seluruh bahagian cendawan yang masih muda. Apabila cendawan terbuka, struktur ini akan pecah menjadi volva. 2. Tisu bermembran yang menyelubungi jasad buah yang belum matang pada agarik tertentu, misalnya Amanita spp. Apabila jasad buah membesar, tisu bermembran ini akan koyak, dan volva dan kadang-kadang serpihan membran tinggal terlekat pada permukaan atas pileus. kelubung luar, kelubung am, teleblem, teleblema, teleoblema.
general veilkelubung amBiologiMikologilih. kelubung universal.
outer veilkelubung luarBiologiMikologilih. kelubung universal.
partial veilkelubung separaBiologiMikologi1. Kelubung yang menutupi bahagian atas cendawan yang masih muda, iaitu bahagian di antara stip dengan pileus. Apabila cendawan terbuka, struktur ini akan pecah menjadi kortina atau cecincin. 2. Tisu bernembran pada jasad buah agarik tertentu yang mengunjur dari pinggir pileus ke stip. Apabila jasad buah membesar, tisu bermembran ini akan koyak, dan gelangan tisu di sekeliling stip dan kadang-kadang gelangan tisu bergerigis tinggal terdekat pada bahagian pinggir pileus.velum partiale.
veilkelubungBiologiMikologi1. Struktur berisi tebal yang menyelubungi bahagian atas atau seluruh bahagian cendawan yang masih muda. Struktur ini akan pecah apabila cendawan yang diselubunginya berkembang. 2. Struktur yang berfungsi untuk melindungi sebahagian atau keseluruhan jasad buah agarik tertentu. velum.
primordial veilkelubung primordiaBiologiMikologilih. protoblem.
tunnel drierrumah salai kelubungPertanianTiadaTiada
cortinakortinaBiologiMikologiKelubung separa berbentuk sarang labah-labah yang melindungi insang cendawan agarik.
teleblemteleblemBiologiMikologilih. kelubung universal.
123

Kembali ke atas