Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mag.né.tan] | کمݢنيتن

Definisi : perihal magnet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mag.né.tan] | کمݢنيتن

Definisi : 1 kuasa menarik logam lain: ~ besi itu dpt dikurangkan dgn cara menghempaskan atau memanaskannya. 2 hal(-hal) ttg magnet atau sifatnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemagnetan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMAGNETAN

Kemagnetan ialah daya yang dikenakan oleh

arus elektrik kepada arus elektrik yang lain.

Kemagnetan boleh dihasilkan oleh pergerakan

elektron dalam atom bahan tertentu yang

dinamakan magnet. Daya magnet juga boleh juga

dihasilkan oleh arus elektrik biasa yang mengalir

melalui gegelung dawai, yang dinamakan

elektromagnet. Daya magnet boleh menyebabkan

tarikan atau tolakan – iaitu, daya magnet boleh

mendekatkan magnet ataupun memisahkannya.

UMUM 
WEBER, WILHEIM EDUARDAhli fizik Jerman yang mengkaji tentang kemagnetan dan keelektrikan.FIZIKTokoh
KEELEKTROMAGNETAN

Keelektromagnetan ialah cabang fizik yang

mengkaji hubungan antara elektrik dengan

kemagnetan. Elektrokemagnetan berdasarkan fakta

bahawa (1) arus elektrik atau medan elektrik yang

berubah menghasilkan medan magnet, dan

(2) medan magnet yang berubah menghasilkan

medan elektrik.

UMUM 
MESMER, FRANZ ANTON

Mesmer, Franz Anton (1734–1815) ialah doktor

Austria yang merintis amalan hipnotisme. Dia

mengembangkan teori yang dinamakan

kemagnetan haiwan” yang kemudiannya

dinamakan pemukauan (mesmerisme). Mesmer

percaya terdapat cecair misteri yang boleh

menembusi semua tubuh. Cecair ini

membolehkan seseorang itu mempunyai kuasa,

iaitu pengaruh “magnetik” ke atas orang lain.

UMUM 
SIEGBAHN, KARL MANNE GEORG

Siegbahn, Karl Manne Georg (1886–1978) ialah

ahli fizik Sweden yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1924 bagi bidang fizik kerana usahanya

tentang sinar-x dan kaedah analisis yang dikenali

sebagai spektroskopi sinar-x. Dia beralih daripada

minatnya dalam elektrik dan kemagnetan kepada

kajian tentang sinar-x pada tahun 1914. Dia mencipta

spektograf sinar-x jenis baru dan tiub sinar-x yang

bertambah baik. Dengan alat yang lebih tepat ini,

dia dapat mengukur dengan lebih jitu daripada

sebelumnya. Dia juga menyelidiki struktur dalaman

atom melalui kajiannya tentang spektrum sinar-x.

UMUM 
FLUKS MAGNET

Fluks magnet ialah ukuran kuantiti kemagnetan, iaitu berapa banyak medan magnet dari medan vektor B yang menembusi litar.

FIZIKSifat/Keadaan

Kembali ke atas