Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.nu.sia.an] | کماءنسياءن

Definisi : perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.nu.sia.an] | کماءنسياءن

Definisi : hal-hal yg berkaitan dgn manusia: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Belakangan ini atau Kebelakangan ini? Simbiosis kemanusiaan dan teknologi atau Simbiosis kemanusiaan dengan teknologi? seMalaysia atau se-Malaysia?Jawapan yang sesuai ialah Kebelakangan ini. Ayat yang sesuai berdasarkan soalan saudara ialah simbiosis kemanusiaan dan teknologi. Namun demikian, jika terdapat kata antara pada ayat di atas, jawapan yang sesuai digunakan ialah simbiosis kemanusiaan dengan teknologi.Tatabahasa28.08.2007
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemanusiaan dalam karya sastera moden?Nilai kemanusiaan dalam karya sastera ialah sifat atau sikap seperti baik, jahat, pemalu, sombong, berbudi bahasa dan sebagainya. Sekian dan terima kasih.Lain-lain05.02.2009
definisi nilai kemanusiaan

Saudara Shashaerika,

Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham.

 Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.

Oleh yang demikian,  frasa nilai kemanusiaan  bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

 

 

 

Makna10.02.2010
Salam sejahtera, Apakah istilah Bahasa Melayu yang tepat untuk "universal human values"? yang mana lebih tepat? "nilai murni sejagat" atau "nilai murni kemanusiaan sejagat" tiada rujukan tesaurus/kamus untuk istilah "human values" dalam PRPM ....Terjemahan istilah yang sesuai bagi universal human values ialah Nilai kemanusiaan sejagatMakna14.04.2017
apakah maksud bagi gabungan perkataan tersebut? a) dunia teknologi digital b) nilai kemanusiaan jika boleh, saya mahu jawapan yang banyak pilihan untuk dibuat sebagai bahan kajian. terima kasih. segala bantuan anda sangat saya hargai.

a) Dunia teknologi digital bermaksud kecanggihan teknologi yang diguna pakai oleh manusia pada zaman ini.

b) Nilai kemanusiaa merujuk kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia.  

Untuk maklumat lanjut, saudara digalakkan membuat rujukan di perpustakaan untuk menyiapkan tugasan saudara.

Makna25.03.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Peradaban) serta mempunyai pengalaman menjadi pensyarah Bahasa Kebangsaan di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Saya ada memohon jawatan Perancang Bahasa S41 di DBP melalui Portal SPA. Adakah pihak DBP ada mengenakan syarat pengkhususan bidang pengajian untuk memohon jawatan tersebut di atas? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,
Tuan,
Untuk pertanyaan lanjut berhubung syarat permohonan, tuan bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479673.
Lain-lain08.12.2014
Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi penggunaan tatabasa dan istilahnya? 1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan negara 2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. 3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang,menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. 4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar.Jawapan:

1. Guru luar bandar perlu 'fahami' transformasi pendidikan Negara. - Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang tepat: Guru luar bandar perlu memahami transformasi pendidikan Negara.
2. 'Justeru', amat penting sesebuah universiti menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa mereka. - Perkataan justeru tidak boleh diletakkan di pangkal ayat kerana justeru merupakan penanda wacana. Contoh ayat: Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.
3. Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, menurut jawatankuasa 'antikeganasan' negara. = Ayat ini tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Polis Rusia telah menahan sekumpulan orang, berdasarkan keputusan jawatankuasa antikeganasan Negara.
4. Salah satu daripada letupan 'mensasarkan' pasar ikan di Baga Sola 'ketika' dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar. = Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang tepat: Salah satu daripada letupan menyasarkan pasar ikan di Baga Sola, manakala dua lagi berlaku di sebuah kem pelarian di luar bandar
Tatabahasa01.11.2015
Salam sejahtera. Adakah istilah 'two-prongs test' boleh diterjemahkan sebagai 'ujian dua serampang'? Istilah berada dalam bidang Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
Padanan bahasa Melayu bagi istilah two-prongs test ialah ujian serampang dua.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah22.08.2022
Salam Tuan, mohon dapatkan terjemahan terbaik dari bahasa Inggeris untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: HUMANITARIAN, RURAL AND REMOTE HEALTHCARE PROFESSIONALS SERVICES AND MANAGEMENT ORGANIZATION. Apakah ianya boleh diterjemahkan sebagai: PERTUBUHAN PROFESIONAL-PROFESIONAL PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN PENGURUSAN KEMANUSIAAN, LUAR BANDAR DAN TERPENCIL? Ataupun istilah "ahli profesional" lebih sesuai?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Humanitarian, Rural and Remote Healthcare Professional Services and Management Organisation ialah Organisasi Perkhidmatan dan Pengurusan Profesional Penjagaan Kesihatan Kemanusiaan, Luar Bandar dan Terpencil.Penyemakan dan penterjemahan16.02.2024
Assalamualaikum. Boleh saya dapatkan terjemahan kata Bahasa Malaysia yang tepat bagi penggunaan kata "Humanistic Economics"Waalaikumsalam,

Saudara,

Terjemahan bagi kata "Humanistic Economics" ialah Ekonomi Kemanusiaan.
Makna22.07.2020
123

Kembali ke atas