Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.nu.sia.an] | کماءنسياءن

Definisi : perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.nu.sia.an] | کماءنسياءن

Definisi : hal-hal yg berkaitan dgn manusia: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
humanistic geographygeografi kemanusiaan/geografi kemanusiaanGeografiTiadaTiada
unnecessary sufferingpenderitaan tak perluUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKesan peperangan yang mengakibatkan penderitaan yang keterlaluan dan tidak sewajarnya berlaku sehingga melampaui batas kemanusiaan. Dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, cara berperang yang telah digariskan adalah berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip perang yang perlu diikuti ialah larangan penggunaan senjata dan kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau atau penderitaan tak perlu terhadap penempur musuh. Contohnya, penderitaan yang dialami oleh mangsa perang akibat penggunaan senjata kimia adalah lebih teruk berbanding penggunaan senjata biasa.
relief societypertubuhan bantuanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan yang memberikan pertolongan kemanusiaan kepada mangsa konflik bersenjata dan bencana. Pertubuhan bantuan berfungsi mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan petugasnya dilindungi oleh undangundang tersebut. Contohnya, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.
International Committee of the Red Cross (ICRC)Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menjaga undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan memantau tindakan ketenteraan oleh pihak yang bermusuhan agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Jawatankuasa ini menjalankan aktivitinya berasaskan empat Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. Konvensyen dan protokol tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya seperti memberi bantuan kepada tentera yang cedera atau sakit semasa berlakunya konflik bersenjata, melawat tawanan perang, menolong orang awam dan memastikan mereka yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa diberi layanan sewajarnya.
international humanitarian lawundang-undang kemanusiaan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCabang undang-undang antarabangsa yang menentukan cara dan kaedah berperang, senjata yang boleh digunakan, siapakah yang boleh disasarkan, dan siapakah yang dilindungi. Undang-undang ini memberi perlindungan kepada orang awam, objek awam dan tawanan perang. Tujuan undang-undang ini adalah untuk melindungi maruah manusia, dan mencegah serta mengurangkan kesengsaraan dan kemusnahan dalam konflik bersenjata. Undang-undang ini terkandung dalam Konvensyen-konvensyen The Hague dan Konvensyen-konvensyen Geneva. Undang-undang dalam konvensyen ini juga telah membentuk undang-undang adat antarabangsa. Ia terpakai dalam konflik bersenjata antarabangsa dan konflik bersenjata bukan antarabangsa. Ia mesti dipatuhi oleh negara, angkatan bersenjatanya dan juga kumpulan bersenjata, sama ada yang memulakan konflik bersenjata atau yang mempertahankan diri. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa dikenali juga sebagai undangundang konflik bersenjata. Dahulu, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang perang atau jus in bello. Sinonim jus in bello, undang-undang perang.
humanitykemanusiaanPendidikanTiadaTiada
humanitykemanusiaanSosiologiTiadaTiada
humanistickemanusiaanPsikologiTiadaTiada
humanitykemanusiaanKesusasteraanTiadaTiada
humanitykemanusiaanUndang-undangTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas