Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan marah; kegusaran (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemarahanperasaan marah; kegusaranKamus Pelajar Edisi Kedua
kemarahanperasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemarahanperihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemarahansj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendinginkan1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
provokasiperbuatan atau kata-kata yg membangkitkan kemarahan: Saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya. memprovokasi membangkitkan kemarahan: Kamu dipukul mungkin kerana kamu ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendinginkan1. menjadikan (menyebabkan) dingin. 2. menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya.Kamus Pelajar
berangsang; memberangsang amat marah, menunjukkan kemarahan (seseorang), memarahi: “Awak ini betul bodoh,” ia ~ ke telinga orang itu;memberangsangkan 1. membangkitkan keberanian (semangat dll), memberanikan: ia sukacita mendengar kata-kata tabib yg ~ hatinya; 2. membangkitkan kemarahan (perasaan marah);pemberangsang 1. pemarah; 2. minuman (makanan) utk memberangsangkan; ® rangsang I.Kamus Dewan Edisi Keempat
menawari1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengan­nya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
reda1 mula berkurang; hampir berhenti (bkn hujan ribut atau angin): Sebentar kemudian, angin dan hujan pun ~. 2 semakin kurang (bkn kemarahan, penyakit dll): Kemarahannya sudah mula ~. Tangisannya masih belum ~. meredakan menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. keredaan keadaan atau hal reda; ketenangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas