Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kemarau (adjektif)
Bersinonim dengan kering, gersang, tiada berair, tiada hujan;,

Puisi
 

Burung merah terbang ke laut,
     Sampai ke laut mengangkut sarang;
Air bah kapal tak hanyut,
     Inikan pula kemarau panjang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemarau1. tidak berair; kering. 2. =musim ~ musim panas terik dan hujan tidak turun; musim kering: Dlm musim ~, banyak tumbuh-tumbuhan yg mati.Kamus Pelajar
berjimatberhemat dgn perbelanjaan atau dlm menggunakan sesuatu:Dlm musim kemarau ini, kita harus ~ menggunakan air.Kamus Pelajar
meranting1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~.Kamus Pelajar
mendikitkanmengecilkan (mengurangkan) belanja dll: Mereka terpaksa ~ penggunaan air kerana musim kemarau.Kamus Pelajar
pengirimanperbuatan (usaha dll) mengirim: ~ bahan-bahan makanan ke kawasan yg dilanda kemarau; ~ sepasukan tentera ke perbatasan.Kamus Pelajar
sedang III, = sedangkan1 sungguhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.Kamus Pelajar
merekah1 menjadi retak memanjang dan terbuka (pd kulit, tanah dll): Dlm musim kemarau tanah bendang menjadi kering dan ~. 2 mula mekar (bkn kuntum bunga); mula kembang.Kamus Pelajar
waduk2 = ~ air kolam tempat menyimpan air utk digunakan pd musim kemarau.Kamus Pelajar
kering1. tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2. tidak turun hujan; kemarau:musim ~. 3. ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering:Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1. sifat atau keadaan kering. 2. telah menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3. ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~.Kamus Pelajar
jimattidak boros menggunakan atau membelanjakan wang dsb; cermat; hemat. berjimat berhemat dgn perbelanjaan atau dlm menggunakan sesuatu: Dlm musim kemarau ini, kita harus ~ menggunakan air. menjimatkan menghematkan atau mengawasi perbelanjaan dll supaya tidak berlebih-lebihan: Kami terpaksa ~ wang utk membeli buku-buku sekolah. penjimat orang yg jimat.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas