Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mas] | کمس

Definisi : 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-­nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (ter­atur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemas­kan): ~ bilik; ~ daftar fail. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mas] | کمس

Definisi : 1 tersusun dgn elok dan bersih; teratur; rapi: Perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang dgn pakaian yg ~. 2 disiapkan atau disempurnakan dgn baik (elok dan cantik): Semua hasil kerja tangannya ~ kerana dia cermat semasa membuatnya. 3 kuat atau teguh (biasanya ikatan dll); erat: Barang-barang itu dibungkusnya ~-~. barang(-barang) ~ barang(-barang) yg mudah disimpan dan tinggi nilainya. berkemas menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dll; bersiap-siap sebelum keluar dr rumah: Emaknya sibuk ~ di dlm bilik tidur. Dia ~ utk pergi ke rumah mentuanya. mengemas menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. mengemaskan menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas: Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. memperkemas menjadikan lebih kemas: Mereka ~ sistem pentadbiran negara. kemasan 1 apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2 bahan (spt lilin, cat) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. perkemasan hal berkemas(-kemas). pengemasan perbuatan, hal dsb mengemas atau mengemaskan. pengemas orang yg mengemaskan: ~ bilik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemas (adjektif)
1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun,
Berantonim dengan berselerak

2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,

3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,

4. Bersinonim dengan sihat: segar

Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas,

Puisi
 

Encik Gamung orang Melaka,
     Lipatlah kajang kemas-kemas;
Janganlah sombong adik berkata,
     Di mana kijang bertanduk emas?


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEMAS KINI LUKUT PRIMA24819/2014Kemas kini Banner & BuntingMajlis Perbandaran Port DicksonPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201410/05190Lulus14/10/201416/10/201414:57:06
KEDAI BARANG KEMAS42082/2015KEDAI BARANG KEMASDewan Bandaraya Kuala LumpurPerhiasan WanitaTiadaDBP/KPB/201510/09529Lulus21/10/201522/10/201508:37:48
KEDAI BARANG KEMAS42081/2015KEDAI BARANG KEMASDewan Bandaraya Kuala LumpurPerhiasan WanitaTiadaDBP/KPB/201510/09528Lulus21/10/201522/10/201508:37:05
KEDAI BARANG KEMAS15255/2014KEDAI BARANG KEMASMajlis Bandaraya Petaling JayaPerhiasan WanitaTiadaDBP/KPB/201407/04468Lulus04/07/201407/07/201409:42:44
KEDAI BARANGAN KEMAS488/2017KEDAI BARANGAN KEMASDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/11699Lulus05/01/201706/01/201709:56:39
KEDAI BARANG KEMAS48596/2016LOT F102C KEDAI BARANG KEMAS DIMILIKI OLEH: ROSSETTE JEWELLERY SDN. BHD.Majlis Bandaraya Petaling JayaPerhiasan WanitaTiadaDBP/KPB/201610/11476Lulus06/10/201607/10/201608:33:05
KEDAI BARANG KEMAS38902/2016KEDAI BARANG KEMASDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/09344Lulus09/08/201610/08/201615:32:34
KEDAI BARANG KEMAS2839/2016KEDAI BARANG KEMAS KEDAI EMAS SIVADewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/09471Lulus18/01/201619/01/201608:21:28
KEDAI BARANG KEMAS14294/2015KEDAI BARANG KEMASDewan Bandaraya Kuala LumpurKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201504/07229Lulus16/04/201517/04/201510:15:48
KEDAI BARANG KEMAS2355/2015KEDAI BARANG KEMASDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/05675Lulus20/01/201521/01/201519:59:53
12345678910...

Kembali ke atas