Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ta.ngan] | کماتڠن

Definisi : kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ta.ngan] | کماتڠن

Definisi : keadaan atau sifat matang: Tingkah lakunya memperlihatkan ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matang (adjektif)
1. Bersinonim dengan masak, tua, ranum:,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan dewasa
Berantonim dengan berpengalaman, berumur, tua

Kata Terbitan : kematangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan Maksud perkataan matang dan kematanganMatang dan kematang membawa pelbagai maksud dan perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut juga bergantung pada konteks penggunaannya. Untuk melihat makna sekali gus perbezaan makna antara kedua kata tersebut dan contoh penggunaannya, sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Untuk carian segera klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=matang.Makna30.01.2015
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga...

Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah:

i.   pengetahuan calon temu duga  tentang bidang tugas jawatan yang dimohon;

ii.  kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut;

iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya.

Lain-lain30.04.2008

Kembali ke atas