Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ta.ngan] | کماتڠن

Definisi : kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ta.ngan] | کماتڠن

Definisi : keadaan atau sifat matang: Tingkah lakunya memperlihatkan ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matang (adjektif)
1. Bersinonim dengan masak, tua, ranum:,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan dewasa
Berantonim dengan berpengalaman, berumur, tua

Kata Terbitan : kematangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asset sensitivitykepekaan asetEkonomiEkonomi IslamPerbezaan kematangan dan tempoh aset berbanding kematangan dan tempoh liabiliti. Institusi kewangan Islam mempunyai kepekaan aset yang sensitif apabila wujud keadaan, sama ada perbezaan kematangan yang positif atau perbezaan tempoh negatif. Perbezaan kematangan positif berlaku apabila kematangan sesuatu aset melebihi kematangan sesuatu liabiliti. Perbezaan tempoh negatif pula berlaku apabila purata tempoh aset melebihi purata tempoh liabiliti. Perbezaan tersebut akan menyebabkan institusi kewangan Islam menghadapi masalah ketidakpadanan pengurusan aset dan liabilitinya. Oleh itu, institusi kewangan berkenaan akan menghadapi masalah kecairan.
liability sensitivitykepekaan liabilitiEkonomiEkonomi IslamPerbezaan kematangan dan tempoh liabiliti berbanding kematangan dan tempoh aset. Institusi kewangan Islam mempunyai kepekaan liabiliti yang sensitif apabila wujud keadaan, sama ada perbezaan kematangan yang positif atau perbezaan tempoh negatif. Perbezaan kematangan positif berlaku apabila kematangan sesuatu liabiliti melebihi kematangan sesuatu aset. Perbezaan tempoh negatif pula berlaku apabila purata tempoh liabiliti melebihi purata tempoh aset. Perbezaan tersebut akan menyebabkan institusi kewangan Islam menghadapi masalah ketidakpadanan pengurusan liabiliti dan asetnya. Dalam keadaan ini, walaupun bank tidak menghadapi masalah kecairan tetapi mengalami pengurangan keuntungan.
sexual maturationkematangan jantina; kematangan seksSosiologiTiadaTiada
sexual maturationkematangan jantina; kematangan seksPsikologiTiadaTiada
maturity stagetahap kematangan/ peringkat kematanganGeografiTiadaTiada
spermatocyte maturationkematangan spermatositPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kematangan sel gamet jantan yang terhasil daripada spermatogonium dan berada di tubul seminiferus. Dalam spermatogenesis, proses kematangan spermatosit akan membentuk spermatid.
seed maturitykematangan biji benihPertanianAgronomi

 Tahap biji benih dari segi kesempurnaan bentuk dan keadaan fisiologi yang memberikannya daya percambahan. Sekiranya biji digunakan sebagai benih, kematangan ini menjadi indikator untuk masa penuaian. Contohnya, kematangan biji benih jagung telah tercapai apabila lapisan hitam pada biji tersebut telah kelihatan.

age at sexual maturityumur kematangan seksPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPeringkat umur bagi haiwan jantan atau betina yang sudah bersedia dan mampu untuk membiak. Umur kematangan seks setiap haiwan berbeza-beza mengikut jenis dan baka. Umur ini mungkin dicapai melalui dorongan tumbesaran atau pertukaran fizikal lain yang boleh membezakan haiwan matang dengan tidak matang. Contohnya, umur kematangan seks lembu betina ialah 9 - 22 bulan manakala lembu jantan 9 - 10 bulan.
staggering maturitieskematangan berperingkatPentadbiran PerniagaanTiadaTeknik dagangan sekuriti hutang yang menunjukkan pelabur membeli beberapa bon dengan kematangan berperingkat-peringkat.
industrial maturitykematangan industriEkonomiTiadaTahap dalam kitaran hidup industri, iaitu apabila keluaran industri itu telah melalui pengalaman dan perubahan ke peringkat mencapai ciri-ciri kematangan seperti saiznya cukup besar, pengurusannya mantap, pembezaan dan pengkhususan keluaran lebih nyata, teknologinya kukuh, dan pasarannya meluas.
12345678910...

Kembali ke atas