Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1. tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya): kedua-duanya berpakaian ~; 2. = anak ~ dua orang anak (atau lebih) yg dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pd waktu yg sama atau hampir sama; ~ Siam kembar dgn bahagian tubuh yg menempel antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala (pertama kali berlaku di Siam pd tahun 1829); ~ tiga (empat dll) tiga (empat dll) orang anak yg sama atau hampir sama hari lahir mereka; 3. rangkap, dubel; ~ empat rangkap empat; 4. bergabung, berapit; nombor ~ Id dua keluaran yg digabungkan menjadi satu terbitan (bkn majalah); pemerintahan ~ dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; senapang ~ senapang yg mempunyai dua laras; tali (kawat) ~ dua (tiga dsb) tali (kawat) yg dipintal drpd dua (tiga dsb) lembar tali (kawat): talinya berupa rami ~ tiga; berkembar 1. bergabung (berangkai dll) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan; 2. sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dll); mengembari 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menan­dingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi ber­pasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengi­ringi, menemani, menyertai, membantu, me­nolong; mengembarkan menjadikan berkembar (ber­pasangan dll), mengapitkan; terkembari; tiada ~ tidak dapat mengem­bari atau dikembari (ditentangi), tiada terla­wan: cih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini! kembaran satu drpd dua (atau lebih) yg kem­bar, pasangan (yg erat): dianggap isterinya ~ jiwanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1 = anak ~ dua orang anak atau lebih yg dikandung dan dilahirkan bersama-sama: ~ tiga tiga orang anak yg dilahirkan pd masa yg lebih kurang sama oleh ibu yg sama. 2 rangkap: ~ empat rangkap empat. 3 berapit; berpasangan; bersaingan: senapang ~ senapang yg berlaras dua; tali ~ tiga tali yg dipintal drpd tiga lembar tali. 4 tidak berbeza dr segi rupa atau keadaannya (bkn manusia, binatang atau benda). ~ seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan satu ovum oleh satu sperma, dan zigot yg terbentuk menjalani proses mitosis (nukleusnya terbahagi dua). ~ Siam ist kembar yg bahagian tubuhnya bercantum antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala, dan kadangkala berkongsi organ dalaman. ~ tak seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yg berasingan dan membentuk dua embrio yg berbeza. berkembar 1 menjadi sepasang; berpasangan. 2 sama keadaannya (warnanya dsb); seragam. mengembari menjadi pasangan kpd; menyamai: Saya tidak layak ~ dia. mengembarkan menjadikan berpasangan. kembaran pasangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembar
1. Bersinonim dengan pasang
( bandung, gencet, dempet, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan serupa
( seragam, sama, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkembar, mengembari, mengembarkan, kembaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, "Anisah dan Atikah adalah adik-beradik kembar" atau "Anisah dan Atikah ialah adik-beradik kembar"? Ialah atau adalah? Adakah kembar kata nama atau kata adjektif? Sekian, terima kasih.Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa yang hadir selepas kata pameri  yang diberikan pada contoh ayat ialah adik-beradik. Adik-beradik merupakan kata nama. Maka ayat yang betul ialah Anisah dan Atikah ialah adik-beradik kembarTatabahasa09.12.2019
sepasang anak lelaki kembar siam atau sepasang anak lelaki kembar Siam?Ejaan yang betul ialah sepasang anak lelaki kembar siam.Ejaan31.07.2013
PENGGUNAAN ISTILAH YANG BETUL UNTUK BAYI KEMBAR PEREMPUAN ATAU BAYI PEREMPUAN KEMBAR?Lazimnya disebut jantina dahulu, iaitu "Bayi perempuan kembar".Tatabahasa06.06.2011
Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih.1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita.

2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok.
Tatabahasa29.03.2013
Salam Perpaduan, 1. Apakah terjemahan yang tepat bagi program "My Beautiful Malaysia"? 2. Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam Bagaimanakah cara untuk menentukan penggunaan kata nama am atau kata nama khas bagi contoh di atas? 3) Apakah beza sempang dan sengkang? 4) Bilakah kita perlu menggunakan satu tanda petik dan dua tanda petik? Terima kasih.

1. Program My Beautiful Malaysia belum mempunyai terjemahan yang khusus dalam data PRPM. Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah Malaysiaku Permai.

2. Bagi ejaan yang dinyatakan dan cara hendak menentukan ejaan kata nama am atau kata nama khas, kami akan merujuk pakar bahasa dan akan memaklumkan kepada saudara kemudian. 
 
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sempang dan  sengkang boleh merujuk simbol yang digunakan dalam kata hubung. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut ada makna lain yang tidak boleh disamakan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my .  

4. Tanda petik ("  ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("  ").

Tatabahasa07.02.2013
Salah sejahtera, kata "kembar" adakah kata adjektif atau kata nama? Sekian, terima kasih.Perkataan kembar ialah kata nama.Tatabahasa19.12.2019
Kisah dua kembar seiras dan kasih sayang adalah segala-galanya. Betul atau tidak ayat ini? Terima kasihKisah dua kembar seiras dan kasih sayang ialah segala-galanya.Tatabahasa03.05.2013
Umur Aina dan Ainin adalah sebaya kerana mereka berdua kembar. Maaf, saya ingin bertanya tentang kata tunggal yang terdapat di dalam ayat tersebut. Selain perkataan umur, adakah perkataa kembar juga adalah kata tunggal juga?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tunggal.Tatabahasa02.06.2020
Assalam tuan, Mohon penjelasan tentang kesalahan ayat di bawah:- Kedua adik-beradik kembar yang telah menyelesaikan pembedahan jantung itu berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat.Ayat yang betul ialah kedua-dua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada dalam keadaan stabil dan selamat. Kedua-dua bukan kedua, dalam bukan di dalam, dan keadaan stabil (buang kata hubung yang). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa25.08.2016
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan bagi istilah 'Twin Boom Aircraft'? Sekian, terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan ialah Pesawat Udara Bum Kembar atau Kapal Terbang Bum Kembar.Istilah16.01.2016
12

Kembali ke atas