Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1. tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya): kedua-duanya berpakaian ~; 2. = anak ~ dua orang anak (atau lebih) yg dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pd waktu yg sama atau hampir sama; ~ Siam kembar dgn bahagian tubuh yg menempel antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala (pertama kali berlaku di Siam pd tahun 1829); ~ tiga (empat dll) tiga (empat dll) orang anak yg sama atau hampir sama hari lahir mereka; 3. rangkap, dubel; ~ empat rangkap empat; 4. bergabung, berapit; nombor ~ Id dua keluaran yg digabungkan menjadi satu terbitan (bkn majalah); pemerintahan ~ dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; senapang ~ senapang yg mempunyai dua laras; tali (kawat) ~ dua (tiga dsb) tali (kawat) yg dipintal drpd dua (tiga dsb) lembar tali (kawat): talinya berupa rami ~ tiga; berkembar 1. bergabung (berangkai dll) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan; 2. sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dll); mengembari 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menan­dingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi ber­pasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengi­ringi, menemani, menyertai, membantu, me­nolong; mengembarkan menjadikan berkembar (ber­pasangan dll), mengapitkan; terkembari; tiada ~ tidak dapat mengem­bari atau dikembari (ditentangi), tiada terla­wan: cih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini! kembaran satu drpd dua (atau lebih) yg kem­bar, pasangan (yg erat): dianggap isterinya ~ jiwanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1 = anak ~ dua orang anak atau lebih yg dikandung dan dilahirkan bersama-sama: ~ tiga tiga orang anak yg dilahirkan pd masa yg lebih kurang sama oleh ibu yg sama. 2 rangkap: ~ empat rangkap empat. 3 berapit; berpasangan; bersaingan: senapang ~ senapang yg berlaras dua; tali ~ tiga tali yg dipintal drpd tiga lembar tali. 4 tidak berbeza dr segi rupa atau keadaannya (bkn manusia, binatang atau benda). ~ seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan satu ovum oleh satu sperma, dan zigot yg terbentuk menjalani proses mitosis (nukleusnya terbahagi dua). ~ Siam ist kembar yg bahagian tubuhnya bercantum antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala, dan kadangkala berkongsi organ dalaman. ~ tak seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yg berasingan dan membentuk dua embrio yg berbeza. berkembar 1 menjadi sepasang; berpasangan. 2 sama keadaannya (warnanya dsb); seragam. mengembari menjadi pasangan kpd; menyamai: Saya tidak layak ~ dia. mengembarkan menjadikan berpasangan. kembaran pasangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembar
1. Bersinonim dengan pasang
( bandung, gencet, dempet, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan serupa
( seragam, sama, )
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkembar, mengembari, mengembarkan, kembaran,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kemudian bersatu semula. Apabila gas dimasukkan ke dalam salah satu tiub secara perla - han, sesaran pinggir interferens tercerap. Alat ini digunakan untuk mengukur indeks biasan gas. (FIZ) janiceps (janiseps) Lembaga kembar yang mempunyai satu kepala tetapi dua muka yang letaknya bertentangan di antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku akibat percantuman kedua-dua bahagian belakang kepala kembar yang berkenaan. (UBAT) Japanese beetle (kumbang Jepun) Kumbang dalam famili Scarabaeidae yang biasanya terdapat di timur Asia dan merupakan serangga perosak tumbuh-tumbuhan rumput dan bijirin. Larvanya memakan bahagian akar

Kembali ke atas