Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melem­bung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seke­tika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, meng­gembungkan, menggelembungkan, melembung­kan, membusungkan: ~ perut; gembung I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ~ padi kepuk (tempat mengisi padi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, pelaling, temenung, Scomber spp.; ikan ~ lelaki sj ikan laut, Scomber kanagurta; ikan ~ perempuan sj ikan laut, Scomber negluctus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : 1 melembung kerana berisi angin dll; gembung: ~ kempis kembang kempis. 2 berasa senak kerana kemasukan angin (bkn perut). mengembung menjadi kembung. mengembungkan menjadikan kembung; menggembungkan; melembungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan laut, Scomber spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembung (adjektif)
Bersinonim dengan kelembung, gelembung, gembung, bergembung, menjadi besar, melembung, senak;,
Kata Terbitan : mengembungkan,

Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Indian mackerelkembung borekPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger kanagurta, yang mempunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang besar. Pada bahagian bawah sirip pektoral ikan kembung ini, terdapat satu titik yang berwarna hitam. Ikan ini lebih besar berbanding spesies ikan kembung yang lain. Makanan utama ikan kembung borek ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran.
chub mackerelkembung pelalingPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger brachysoma, yang mepunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang besar. Ikan ini mempunyai dua sirip dorsal yang jarak di antaranya agak jauh berbanding dengan kembung yang lain. Makanan utama ikan ini ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran.
island mackerelkembung lampaiPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger faughni, yang mempunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang kecil. Ikan ini mempunyai badan yang lampai, berwarna kehijau-hijauan dan berjalur kelabu. Makanan utama ikan kembung lampai ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran.
distentionkembung; distensiKomunikasi MassaTiadaTiada
waterbellykembung airVeterinarTiadaTiada
bloatkembungVeterinarTiadaTiada
distendkembungPerubatanTiadaBerkembang akibat tekanan dari dalam.
distentionkembung; distensiPerubatanTiadaKeadaan berkembang atau diperbesar.
bloatkembungPertanianTiadaTiada
flatulencekembungGerontologiTiadaKewujudan udara atau gas yang berlebihan dalam gaster atau usus, yang mengakibatkan distensi organ yang berkenaan.
123456

Kembali ke atas