Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mé.rah.mé.ra.han] | کميره-ميرهن

Definisi : berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mé.rah.mé.ra.han] | کميره-ميرهن

Definisi : agak merah; seakan-akan merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemerah-merahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rosy Definisi : 2. having a healthy pink complexion, kemerah-merahan: ~ checks, pipi yg kemerah-merahan; Ejaan salah: checks -> cheeksMaklumat tuan kami maklumi.  Terima kasih atas makluman.  Kami akan mengambil tindakan.Lain-lain16.12.2019
apakah istilah bahasa Melayu baku bagi penyakit kulit (kemerah-merahan) pd bhg muka atau pipi bayi (mungkin berpunca drpd lelehan air susu yg melekat pd kulit). Di Brunei kami menggunakan istilah kurap susu. Terima kasih.Istilah bagi penyakit itu dipanggil ruam, iaitu bintil-bintil merah pada kulit (pada anak-anak kerana biang, peluh, dll).Lain-lain04.03.2010
1-Boleh atau tidak mengunakan partikel -kah dipertengahan ayat ? Meja siapakah itu? Buku siapakah ini? 2-Warna jingga boleh dijelaskan sebagai warna oren atau perlu dijelaskan sebagai kuning kemerah-merahan.1. Partikel -kah boleh digunakan  di pertengahan ayat. Sila rujuk halaman 447, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Tatabahasa12.10.2016
nak tahu maksud sawo matangMaksudnya buah ciku masak, selalunya merujuk pada warna kulit iaitu warna coklat kemerah-merahan iaitu warna buah ciku masak.Makna03.11.2006
Assalamualaikum, Ada pendapat mengatakan 'oren' bukanlah satu istilah/nama bagi warna. Apa pendapat tuan? Katanya nama bagi oren yang tepat ialah 'jingga'. Tepatkan pendapat itu? Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, (orén) 1. sj buah limau (kulitnya kuning kemerah-merahan) drpd tumbuhan Citrus sinensis; 2. = air ~ air limau; 3. warna kuning kemerah-merahan, jingga.Istilah05.06.2010
Salam sejahtera. Soalan: Adakah berwarna jingga juga boleh disebut sebagai berwarna oren? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam,
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud jingga ialah warna kuning yang kemerah-merahan atau oren. Maka warna oren dan jingga adalah sama.
Makna20.04.2016
Orang utan atau orang hutan, yang manakah yang betul? Saya memohon pihak DBP untuk memberikan pencerahan. Terima kasih.

Orang utan ialah beruk besar, berbulu kasar kemerah-merahan yang tinggal di hutan hujan tropika di Sumatera dan Borneo. Manakala orang hutan pula ialah orang yang tinggal di hutan dan mempunyai monyet besar berwarna coklat ke­­me­rah-merahan yang mempunyai tangan yang panjang, 

Lain-lain19.10.2020
Salam DBP, soalan saya berkisar mengenai frasa "ialah bahawa" dan "adalah bahawa" serta jenis-jenis frasa yang boleh berada di hadapan setiap frasa tersebut. Contoh: (1) Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {Shirin seorang pegawai polis Bukit Aman}. {FN+FN} (2) Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {budak Cina itu sedang menggali longkang.} {FN+FK} {3} Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {warna baju Kamariah kemerah-merahan.} {FN+FA} {4} Maklumat yang diterima [ialah bahawa / adalah bahawa] {angin itu dari arah selatan ke utara semenanjung. {FN+FSN} Mohon ajukan soalan sintaktis ini kepada munsyi-munsyi yang bertauliah. Terima kasih
"Ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. "Ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa"  ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. 

Cadangan jawapan:

(1) Maklumat yang diterima ialah Shirin seorang pegawai polis di Bukit Aman.
(2) Maklumat yang diterima ialah budak Cina itu sedang menggali longkang.
(3) Maklumat yang diterima adalah warna baju Kamariah kemerah-merahan.
(4) Maklumat yang diterima ialah  angin itu dari arah selatan ke utara semenanjung.

Contoh penggunaan kata "bahawa": 
Ali menyedari bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa05.05.2022
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “saffron” sebagai “Kuma” tetapi terdapat padanan “kuma-kuma” dan “safron. Sebolehnya kami berhasrat untuk mengekalkan padanan “kuma”. Apakah padanan yang sebenar dan bersesuaian bagi “saffron”.Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan safron dalam senarai entrinya. Maklumat entri ini adalah seperti yang berikut:

safron
kata nama

1 tumbuhan kecil berbunga ungu kemerah-merahan yg banyak terdapat di kawasan Barat Mediterranean, iaitu menganjur dr Sepanyol hingga Kashmir, India;
koma-koma; zafaran; kekuma; komkoma; kuma-kuma; kumkuma; kungkuma;

Crocus sativus;

benang sari drp bunga tumbuhan ini yg dikeringkan, berupa spt tembakau, dan digunakan sbg rempah, pewarna, dan perisa makanan.

Begitu juga dengan kata sinonimnya koma-koma, zafaran, kekuma, komkoma, kuma-kuma, kumkuma dan kungkuma telah dijadikan entri. Hal ini bermakna, masyarakat boleh menggunakan pilihan kata tersebut mengikut kesesuaian konteksnya.

Para pengguna juga disarankan untuk memiliki Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang terkini.
Lain-lain01.07.2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Asma dari Pelajar Ijazah Sarjana Muda Akidah dan Perbandingan Agama di USIM. Di sini saya ingin menyemak makna dari sudut bahasa dan istilah bagi perkataan kalbu, jantung dan hati. Perkara ini adalah untuk kajian bagi thesis saya. Segala bantuan dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Untuk makluman, ketiga-tiga perkataan tersebut merupakan perkataan biasa dan bukannya istilah. Pihak kami hanya dapat membantu memberikan makna berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4. Tuan/Puan mungkin boleh membuat semakan melalui kajian-kajian yang ada sebelum ini jika mahu melihat huraian yang lebih terperinci. Sehubungan dengan itu, kami berikan maksud mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4.

- Kalbu bermaksud hati (pusat segala perasaan batin).
- Jantung bermaksud 1. organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan, 2. benda yg berbentuk seperti jantung
- Hati bermaksud organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan terletak di dalam perut di bahagian sebelah kanan.

Makna17.05.2017
12

Kembali ke atas